23 April 2010

10. ANTARA SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN

Petikan dari http://www.abjadmalaysia.ning.com (menjawab soalan seorang ahli)

Sabda Rasulullah SAW.:

"Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dimakbulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (HR Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)

Pok Nik akui, telah ramai orang Islam berputus asa terhadap rahmat Allah secara sedar atau pun tidak tambahan pula di zaman bencana dan kegawatan ekonomi ini.

Ramai yang mempermain-mainkan hukum/perintah Allah SWT malah merendah-rendahkan kelebihan berdoa. Inilah faedahnya apabila kita minta untuk mencari ilmu contohnya cara berdoa yang betul - pelbagai alasan yang diberikan - "Aku dah doa la atau dah amal macam-macam tapi tak makbul" atau mengeluh berlebih-lebihan atas "terlalu beratnya dugaan yang Allah SWT berikan ke atas dirinya" - inilah kalau Pok Nik kata bercakap tanpa ilmu, tentunya Pok Nik pula akan dimarahinya.

Dalam Surah Az-Zumar, Allah SWT telah berfirman mafhumnya :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ

Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Ada 2 perkara yang perlu ditekankan dalam Firman Allah SWT ini iaitu :

(1) Mereka yang menzalimi dirinya/melampaui batas - Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah menzalimi diri. Biasanya orang bersalah (seperti orang yang kecewa) sangat gemar meletakkan kesalahan ke atas kepada orang lain dan sangat angkuh untuk mengaku kesalahan sendiri.

(2) Mereka yang telah berputus asa dengan rahmat Allah dan ciri-cirinya sebagaimana yang telah Pok Nik jelaskan di atas.

Allah SWT berfirman lagi :

"Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu."

Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan."

Allah SWT berfirman lagi :

"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi."

Masih ramai yang masih belum benar-benar memahami hakikat berdoa dan kemakbulannya samada secara solat hajat, membaca apa-apa surah tertentu (contohnya waqiah) dll. Dalam kes doa seperti - ianya dipanggil ISTI'JAAL

Sabda Rasulullah SAW.:

Akan dimakbulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya: Ya Rasulullah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? Jawab Nabi: Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi. (HR Imam Musllm)

Pok Nik pernah berpendapat bahawa kita tidak boleh berdoa semasa susah sahaja dan di waktu senang kita lupa terutamanya apabila dimakbulkan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)

Mengenai dugaan pula :

Firman Allah SWT :

Apabila aku hadapkan seorang dari kalangan hambaKu akan kecelakaan (musibah) pada badannya, harta atau anaknya, kemudian dia menerima kecelakaan itu dengan kesabaran yang baik (redha), nescaya Aku malu daripadanya pada hari kiamat kelak, bahawa Aku akan tegakkan baginya neraca timbangan amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal. Dalam al-Quran (az-Zumar: 10)

Dalam sebahagian dari satu hadis qudsi, riwayat Ibnu anNajjar, katanya Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang hamba yang mukmin itu berdoa, Allah berkata:

Wahai Jibril, tahan dahulu permohonannya, maka sesungguhnya Aku suka mendengar doanya."

Wassalam dan Wallahu'alam

Pok Nik yang dhaif di sisiNya

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails