24 April 2010

13. Islam Melayu Melayu Islam

UTUSAN SULTAN AULIYA’ KE DINASTI NUSANTARA SHEIKH ABDULLAH AL-QUMAIRI
Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi adalah seorang Ulama’ yang berasal dari Negeri Sayir, Yaman. Beliau adalah Guru Mursyid yang berpegang teguh dengan tali Guru Murabbi di kurun akhir zaman Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qodir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah yang menjadi sebab beliau diangkat menjadi utusan ke Wilayah Dinasti Nusantara untuk membawa penyebaran dan perkembangan membentuk segala kekuatan dan kemuliaan yang terhimpun kepada Agama Islam yang menjadi asas pendirian ilmu dan amalan seumpama asal supaya kembali semula keadaan mereka itu kepada satu celupan yang sebati yang tidak terhenti atas satu susunan atau langkahan yang disertai sepenuhnya dengan latihan rohani dan jasmani pertahan diri hulubalang Allah mengikut Qowaid Syar’iyyah secara berhak mewarisi Pusaka Khalifah Wali Agama Islam yang dikenali dengan nama As-Sattariyah.

RAJA MELAYU BAPA MELAYU
Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah adalah manusia agong yang pertama dari Kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong (Melayu), maka dari Agama Islam lahir Melayu, Nobat Sultan Raja Melayu, Raja Melayu Bapa Melayu, Anak Melayu Warga Melayu.

Disebabkan baginda telah berusaha bersama gurunya melakukan proses cantuman pelengkap sehingga menjadi sebati, satukan keturunan bangsa – bangsa yang terdapat di dalam wilayahnya, melahirkan satu sahaja keturunan yang rasmi Islam Melayu Melayu Islam, jadi Satu Keturunan Satu Bangsa Satu Agama hingga qiamat.

Lalu baginda masyhurkan ke Dunia antarabangsa dengan rasmi bahawa keturunan Islam Melayu Melayu Islam (Warga Melayu) yang berpegang teguh kepada asas pendirian hidup dan kehidupan mereka itu, tidak terhenti atas sesuatu susunan atau langkahan setiap masa, tertumpu kepada pekerjaan Agama Islam, maka rasmilah bagi setiap orang Melayu beragama Islam yang menjadi penghuni Alam sepanjang zaman.

Lalu baginda bertitah kepada mana-mana orang dari keturunan ini yang meninggalkan Agama Islam atau menerima agama yang lain atau berpaling tadah kepada fahaman nenek moyang yang terdahulu (Durbar / Derbar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Agama Islam, di kala itu dengan sendirinya gugulah Kalimah Melayu pada diri mereka itu. Maka kembali kepada asal datangnya mereka itu umpama orang asli. Maka dengan sebab yang demikian itu tidak boleh dinafikan bahawa Baginda Tuanku Sultan Muzaffar Shah adalah Bapa Melayu.

MUFTI PERTAMA DI ALAM MELAYU
Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi berasal dari Yaman adalah Ulama’ Mursyid yang berpegang teguh dengan tali Murabbi di kurun akhir zaman, di mana beliau telah membuktikan kejayaan dakwah dan tarbiyyah yang cemerlang memartabatkan Agama Islam di Alam Melayu dan secara langsung telah menjadi guru kepada Baginda dan Istana serta rakyat jelata. Kerana itu Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah tersangat kasih dan hormat kepada gurunya itu lalu melantik Tuan Gurunya menjadi penasihat dan mufti kerajaannya untuk melatih serta membimbing baginda dan rakyat jelata kepada asas pendirian ilmu dan amalan yang tertumpu sepenuhnya kepada memelihara Agama, Diri, Keturunan, Harta-benda dan Negara secara berhak menerima Agama Allah, Ilmu Allah dan Hidayah Allah dalam kehidupan setiap masa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails