24 April 2010

15. Asal Usul Keturunan Melayu

Bahawa asal usul Kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong (Melayu) adalah campuran dari pelbagai jenis manusia lelaki dan perempuan, yang berbagai – bagai kelompok bangsa manusia yang bersuku-puak supaya berkembang biak dalam tamadun masyarakat kehidupan manusia untuk mudah berkenalan di antara satu dengan yang lain.

Seumpama Firman Allah Taala, Surah Al-Hujurat ayat 13; mafhumnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah-mesra, berhubung silaturrahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Bangsa terdahulu, orang – orang Hijaz dan bangsa itu menerima Agama dan kekal bangsa itu bangsa beragama, maka Agama Islam yang diletakkan pada diri bangsa – bangsa seumpama itulah sepertimana tersebut dalam Firman Allah Taala, Surah Al-Hujurat ayat 14; mafhumnya: “Bangsa terdahulu, orang – orang Hijaz, berkata: Kami telah beriman, Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (jangan berkata demikian) tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu, berkatalah saja; Kami telah Islam (kami telah tunduk menyerah diri, tidak melawan dan tidak menentang) dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal kamu, kerana sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani”.

Maka di mana-mana bangsa yang menjadikan huruf Jawi Qadim bahasa utama bagi loghat mereka itu, seumpama Bahasa Arab (Al-Quran), maka orang – orang itu sahaja disifatkan “Ahli Jawi Qadim”. Ahli Jawi Qadim menamakan bangsa-bangsa Hijaz yang lain atau bangsa baru (‘ajam) apabila bangsa itu menerima Agama, maka jadilah bangsa itu bangsa beragama. Agama Islam yang diletakkan pada diri bangsa – bangsa seumpama itu dimaksudkan “Ahli Jawi Jadid” mereka disifatkan sebagai: Ahli Jawi Bangsa Kebangsaan Berpegang Teguh Agama Islam.

Mana-mana bangsa yang murtad (berpaling tadah daripada agama fitrah yang Allah menjadikan mereka itu), ketika itu Allah akan mendatangkan pula satu kaum (Manusia Agong) yang lain sebagai pengganti, sepertimana Firman Allah Taala, Surah Al-Maidah, ayat 54; mafhumnya: “Wahai orang-orang beriman ! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka kasih kepadaNya, yang bersifat lemah-lembut terhadap orang – orang yang beriman dan berlaku tegas, gagah terhadap orang – orang kafir. mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut kepada celaan orang – orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpahan kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya, kerana Allah Maha Luas Limpah KurniaNya, Lagi Meliputi PengetahuanNya”.

Kewujudan Bangsa Melayu bermula dari kelompok campuran yang berasal daripada pelbagai kelompok keturunan bangsa manusia terdahulu, mereka mendiami di Wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di Negeri Kalaha (Kedah Tua), terdiri dari keturunan umpamanya Monggol, Arab, Parsi, Cina, India dan lain-lain. Mengikut Sejarah, peristiwa kelahiran Melayu ini berlaku pada tahun 531H (1136M) di Istana Bukit Meriam, Kota Kuala Muda kepada Raja Pertama di Alam Melayu, meletakkan kepercayaan dan jaminan dalam hidup dan kehidupan kepada pendirian asas ilmu dan amalan berpegang teguh kepada Agama Islam melalui Talqin Syahadah kepada seorang guru Mursyid wasilah teguh kepada tali Murabbi di Kurun akhir zaman.

Lalu nama baginda ditukarkan kepada Raja Muzaffar Shah, kemudian baginda bersama gurunya menyampaikan seruan kepada pembesar istana dan rakyat jelata supaya meninggalkan dengan jazam yang putus segala kepercayaan asal keturunan nenek moyang mereka itu serta mengikut jejak langkah seumpama baginda, kemudian mengislamkan secara massal bagi mereka itu menanggung beban Agama Islam sebagai pendirian hidup dan kehidupan. Dengan yang demikian itu, maka terkumpullah satu Kelompok Bangsa-bansa Keturunan Manusia Agong yang pada awalnya disebut sebagai: Ahli Jawi Jadid.

Di atas kehendak Allah yang Maha Esa telah mengurniakan petunjuk kepada hambaNya Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi, Guru Mursyid kepada Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah, lalu diambil oleh gurunya kalimah Arab ‘milayu’ diberi nama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud: “kelompok bangsa keturunan manusia agong” sekiranya dibaca mengikut nisbah Bahasa Arab berbunyi: “al milayuwiyyah nisbatun ila milayu, bikasril mim wafathi ha wadhommil ya’ , hum ji lun ai sinfun ‘azdimun minan nas”

Dan perkataan “mi-la-yu” yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim dan baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf ya’. Kalimah “Melayu” di mana mereka menyebut mengikut bacaan rumi “Melayu” maka nama Melayu itu hanya diguna pakai kepada bangsa keturunan ini sahaja setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan sehingga qiamat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails