24 April 2010

12. Kalimah Allah

Ustaz Syaahil Hamid Ramadhan,
Ketua Perhubungan Negeri - Persatuan Warga Melayu Negeri Terengganu


Mengikut sejarah dakwah Islam, kepada ketua dan pembesar-pembesar asing, Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah mencantumkan potongan ayat AI-Qur'an dalam surat dakwah yang dikirimkan Baginda kepada mereka.

Di antara surat berkenaan berbunyi:
بسم الله الرحمن الرحيم، من : محمد بن عبد الله رسول الله، إلى : هرقل، عظيم الروم،
سلام على من أتبع الهدى،
أما بعد.

فإنى أدعوك بدعاية الإسلام، أسلم تسلم، يؤتك الله أجرك مرتين، فإن توليت فإن عليك إثم الإريسيين. و( يا أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سوآء بيننا وبينكم أن لا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا أشهدوا بأنا مسلمون)

Ertinya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, daripada Muhammad bin Abdullah, Rasul Allah, kepada Hiraqla (Hiraklius), pembesar Rom. "

Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikut hidayah.

Kemudian daripada itu:
"Maka sesungguhnya saya menyeru Tuan dengan seruan Islam. Islamlah, Tuan pasti selamat, Allah akan memberi ganjaran kepada Tuan dua kali (ganda), Akan tetapi jika Tuan enggan, maka Tuan akan menanggung dosa-dosa orang-orang bawahan (para peladang). Dan (" Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimat yang bersamaan di antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain daripada Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab) berpaling. maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. ") (Ibnu Katsir, AI-Bidayah wa AI-Nihayah 3/265).

Di dalam teks surat ini tercantum ayat yang ke 64 daripada surah Ali 'Imran, kecuali lafaz قل tidak dicantumkan.
Berdasarkan keterangan di atas, maka adalah disuruh dalam agama menuliskan kalimat "Basmalah" pada awal setiap tulisan, seperti surat kiriman dan buku ilmu. Begitu juga ayat-ayat Al-Qur'an adalah boleh dituliskan dalam surat dan buku-buku ilmu.

Sekiranya kedua-dua perkara ini dirakamkan atau dicantumkan dalam iklan, slogan, sepanduk dan lain-lain, kemudian dimasukkan dalam majalah atau surat khabar, maka majalah atau surat khabar itu wajiblah dipelihara, jangan terhina, seperti dipijak, dijadikan pembungkus, dibuang ke tempat sampah dan sebagainya.

Jika ianya sudah pasti, atau berat pada sangkaan, atau sudah menjadi adat kebiasaan bagi penggunanya di sesebuah negeri yang tidak menghormati majalah atau surat khabar, misalnya di negeri-negeri yang masih ramai orang jahil atau ramai orang-orang kafir, maka memasukkannya ke dalam sebaran am itu adalah dilarang sebagai langkah berjaga-jaga jangan sampai"Basmalah" atau ayat-ayat berkenaan itu dihinakan atau terhina dan tercemar kesuciannya.

Bagimana pula jika nama2 Allah atau kalimah Bismillah tadi dimasukkan kedalam ketik, gereja, kuil dan tempat2 sembahan? Siapa pulak hendak kita salahkan? diri sendiri atau orang yang mengikut kita kerana membenarkan? Atau kita akan berkata sekurang2nya mereka yakin pada Allah dan telah menukarkan tuhan mereka kepada nama Allah, begitu? Seperti apa yang ayah pin buat? kemudian kita meneruskan suatu cabang ilmu tauhid dengan mengatakan biarpun orang2 kafir itu syirik tetapi mereka beriman kepada Allah, begitukah yang hendak kita dewakan aqidah kita? Tidak cukupkah dengan bantahan ulama meengenai perkara ini kemudian kita tambah lagi permasalahan kepada aqidah ummah.

Apakah wajar kita berhujah oleh kerana Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada kafir dengan menyebut Allah kemudian kita terus mengizinkan nama Tuhan orang2 kafir juga Allah? begitukah pendirian kita? Biarpun mereka bertuhankan makhluk, wajarkah kita menuduh Allah juga makhluk, atau Allah kita qadim kemudian Allah mereka makhluk? Ada berapa banyak diri yang bernama Allah?

Kemudian kita tahkik semua boleh menyebut Tuhan mereka Allah, lalu wajar kita tukar Rukun negara yang pertama menempati rukun Iman Pertama, adakah begitu? kerana kita telah berfahaman seperti Muhammad Abdul Wahab, bahawa orang2 kafir sebenarnya beriman pada ehwal kejadian Allah namun telah syirk pada ehwal zat Allah, lalu kita keluarkan istilah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah. Membangsa orang kafir itu bertauhid rububiah namun syirik uluhiah, kemudian kita dakwa inilah iktiqad yang rojih bagi ahli salafi sedangkan iktiqad ini bermula 700 hijrah. adakah ahli salafi berusia 700 tahun? siapa? Di mana? inilah yang menjadi persoalan bukan suatu yang ringan, malah amat berat kejahatan aqidah bagi alam dan seisinya.

sedemikian, menggantikan rukun negara yang pertama menyamai rukun iman yang pertama merupakan kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab. Ini kerana negara ini berbilang agama maka mengisbathkan mereka beriman dengan Allah adalah kenyataan yang tiada di dalam sunnah.

------------------
Allah adalah nama khusus yang tidak berbilang dan tidak boleh di bilang-bilang, manakala Tuhan merupakan nama am yang boleh di bilang namun juga tidak berbilang-bilang. Bagi orang2 muslim lagi mukmin, Allah itu Ahad, manakala Tuhan itu wahid.

Sedemikianlah God, atau apa sahaja yang disabitkan kepada nama Tuhan ianya adalah nama am kecuali Allah. Namun makna kalimah God, atau ilah atau tuhan, atau yahweh dll, semua merujuka kepada maksud "terkaya ia daripada setiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadaNya setiap barang yang lainnya". maksud Nya itu ialah God, Ilah, Yahweh dan sebagainya.

Bermakna apa juga sembahan orang kafir bukanlah Tuhan, atau God atau Ilah, sembahan mereka ialah fatamargana atau syak, atau dzon atau waham. Sekirannya kita mengisbathkan mereka menyembah Tuhan atau god atau ilah atau yahweh, kita telah menuduh Tuhan itu makhluk.

Makanya wajib bagi kita menafikan semua orang2 kafir itu tidak sezarahpun mempunyai tauhid atau menyembah Tuhan, sebab sembahan mereka bukan tuhan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails