23 September 2010

29. KEKASIH ALLAH

oleh Geng Abjad Malaysia
http://www.facebook.com/note.php?note_id=415972686822#!/note.php?note_id=409535231822

Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh 'ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.

Kita bersyukur. Bersyukur kepada Allah. Setiap hari dikurniakan kepada kita dengan segala keperluan.

Mustahil bagi Allah, untuk membiarkan hamba-Nya yang beriman tanpa ada perhatian yang sewajarnya.

Benarlah, Allah itu bersifat الرؤوف (Ar-Ro uf) Yang Melimpahkan Rahmat / Amat Belas Kasihan terhadap makhluk-Nya.

Apa yang dapat difahami daripada nasihat Imam Al-Ghazali rhohimahullah ta'ala:

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri: "Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.
Ya, sungguh menusuk ke dalam hati nasihat Imam Ghazali kepada kita. Hati tersentuh, mengenangkan pintu taubat dan kasih sayang ALLAH yang sentiasa terbuka kepada kita selaku hamba-Nya.

Cuma kita sendiri, sedar atau tidak. Kadang-kadang terlupa, kadang-kadang ingat semula.

Insya ALLAH, selepas ini kita berusaha untuk lebih menghargai segala kesempatan yang disediakan-Nya.

Mesti rebut. Peluang ini disediakan oleh Raja kepada segala raja. Raja yang milik-Nya segala apa yang ada di bumi dan di langit. Pastinya peluang ini adalah terbaik dibandingkan peluang yang ditawarkan makhluk yang lain.

Golongan yang dikasihi Tuhan
Manusia yang taat kepada perintah-Nya akan dikasihi oleh Allah s.w.t dan di antara tanda-tanda orang yang dicintai Allah s.w.t ialah “

1. Orang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t : Sebagaimana maksud sebuah hadis : “Tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi dari kasihnya kepada orang lain, dan mengasihani sahabatnya semata-mata kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia membenci dirinya dicampakkan ke dalam neraka.” – Bukhari & Muslim

2. Mereka yang memperbanyakkan amalan sunat setelah sempurnakan amalan fardu seperti solat sunat dan membaca Al-Quran.

3. Golongan yang banyak berzikir.

4. Mereka yang beristiqomah di dalam mengerjakan ibadat : seperti maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w : “Katakanlah saya beriman kepada Allah kemudian beristiqomahlah” – Muslim

5. Orang-orang yang sabar di dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup. Sebagaimana maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman), sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Al-Baqarah 155

6. Orang-orang yang melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Maksud firman Allah s.w.t : “Kami (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” – Ali Imran 110

7. Orang-orang yang memperbanyakkan sedekah dan kebajikan, sebagaimana maksud sepotong hadis : “Apakah amalan yang terbaik di dalam Islam? Baginda menjawab : ” Berilah makan, sebarkanlah salam kepada orang yang kamu kenali dan kepada orang yang tidak kamu kenali.“

8. Orang yang belajar atau mendalami ilmu, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, akan diberikan kefahaman di dalam agama.” – Muslim

9. Orang yang mengharapkan keredaan Allah s.w.t seperti firman-Nya yang bermaksud : “Sesiapa yang percaya dan berharap kepada pertemua dengan tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan jangannlah dia mempersekutukan di dalam beribadat kepada tuhan dengan sesiapa pun.” – Al-Kahfi 110

Dimuatkan satu hadits yang membicarakan orang yang dikasihi ALLAH. Mudah-mudahan kita diberikan kefahaman tentangnya dan dimasukkan dalam golongan ini.

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. , Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihan-Nya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan hadits daripada Syarah Sunan Ibnu Majah:

"Ahli al-Quran" ialah golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
"Ahli ALLAH" ialah para wali ALLAH dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada ALLAH.

Salah satu petunjuk bagi seseorang itu dikasihi ALLAH adalah dengan usahanya untuk mendampingi Al-Quran serta beramal dengannya.

Apa kata kita cuba mulakan usaha ini, dengan kuantiti yang kecil, sesuai dengan kemampuan kita? Lama-kelamaan bertambah dengan kesuaian yang ada.

Moga ALLAH mudahkan segala urusan kita, serta dijadikan amalan itu pula amalan yang diterima dan terlaksana dengan rasa keenakan serta berterusan.

Antara formula untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ALLAH Yang Maha Penyayang adalah dengan memperbanyak 'amalan sunat dan menjauhi perkara yang tidak disukai ALLAH s.w.t. (perkara makruh).

Apa yang jelas, tahap ini sudah berada di atas tahap biasa, iaitu melakukan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram.

Perkara ini bertepatan dengan apa yang kita terima daripada Tuan Guru Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dalam kuliah beliau yang dapat difahami seperti berikut:

Orang yang lebih tinggi tahap 'arif billahnya, 'amalan sunat sudah menjadi 'amalan wajibnya, manakala 'amalan wajibnya sudah terbiasa sangat dilakukan.

Daripada Dr. Shafi'e Al-Muqri dalam salah satu kursus beliau dapat difahami seperti berikut:

Dengan melaksanakan perkara sunat dan menjauhi perkara makruh, ALLAH akan menambahkan kasih sayang-Nya kepada kita, memudahkan usaha untuk mengingat ayat-ayat al-Quran.

Bersama-samalah kita berusaha meningkatkan kualiti dan kesucian pengabdian diri kita kepada ALLAH s.w.t.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.
Allah s.w.t telah menciptakan kita semua bertujuan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Allah s.w.t telah mengutuskan para rasul-Nya untuk memberikan petunjuk dan pengajaran cara untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t melalui kitab-kitab samawi yang diturunkan kepada mereka. Manusia yang mempunyai akal dan menggunakan sebaik-baiknya akal mereka akan mengikuti perintah rasul mereka iaitu mengerjakan suruhan Allah s.w.t manakala yang tidak menggunakan akal akan menderhaka kepada Allah s.w.t.

Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.

Wallahu ’alam

28. TENTANG ALLAH

oleh Geng Abjad Malaysia
http://www.facebook.com/note.php?note_id=415972686822


Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya tentang Allah.
“Bonda.. Dimana Allah dan bolehkah anakanda melihatNya?”
“Oh.. Allah itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana Allah berada nun jauh diatas 7 petala langit. Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantas bagaimana mungkin anakanda akan dapat melihat Allah yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala langit?”
“Oh begitu… Bagaimana dengan dalilnya bonda?”
“Dalilnya begini.. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan”.. dari surah Yunus ayat ke 3.”
Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada persoalan yang selama ini sentiasa semak difikirannya. Masa pun berlalu.. hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, maka telah remajalah Raja Muzaffar. Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di negeri ayahandanya itu. Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja Muzaffar mahu berguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling diminatinya.
Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai Syeikh Abdullah dengan 2 persoalan yang tidak asing baginya.
“Wahai anakanda Putera Raja.. Dimana Allah dan bolehkah anakanda Putera Raja melihatNya?”
Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan bondanya dahulu.
“Allah itu di Arasy wahai Syeikh Guru dan beta tidak boleh melihatNya kerana Allah berada nun jauh diatas 7 petala langit.”
Tersenyum kecil Syeikh Abdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu bersuara..
“Begini anakanda Putera Raja… Allah itu bukannya makhluk seperti kita lantaran itu Allah tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yang terjadi pada makhluk tidak berlaku seperti itu atas Allah. Oleh itu Allah tidak bertempat kerana bertempat itu hukum bagi makhluk.”
“Lantas dimana Allah itu wahai Syeikh Guru?”
“Allah itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud Allah tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati. Jika kita mengatakan Allah berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka ketika itu kita telah menyerupakan Allah dengan keadaan makhluk. Ketahuilah, Allah tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil dari surah asy-Syuura ayat 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” Allah tidak berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk. Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung zat Allah sedang bukit dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian Allah.”
Raja Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian Syeikh Abdullah menambah..
“Berkenaan tentang anakanda Putera Raja tidak boleh melihat Allah itu adalah betul namun bukanlah kerana Allah itu jauh maka anakanda Putera Raja tidak boleh melihatNya.”
“Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru?” Tanya Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu.
“Sebenarnya kita tidak dapat melihat Allah bukanlah kerana faktor jarak tetapi kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia yang tidak mampu melihat zatNya. Ini bersesuai dengan firman Allah yang bermaksud “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”.. dari surah al-An’am ayat 103.”
Terdiam Raja Muzaffar mendengar hujah gurunya itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini adalah salah. Pegangan yang mengatakan bahawa Allah itu di Arasy dan Allah tidak boleh dilihat kerana faktor jarak adalah satu kesilapan. Huraian daripada gurunya melalui ilmu Kalam membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat menghuraikan segala-galanya tentang Tuhan. Bermula dari hari itu Raja Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa Allah itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat Allah kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia. Akhirnya dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan ilmu Kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.
Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmu ketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu pengetahuannya dengan belajar dari guru-guru yang berada diluar istana sementelah Syeikh Abdullah telah meninggal dunia. Ayahandanya memberi izin lalu tanpa berlengah Raja Muzaffar menemui sahabat-sahabat sealiran almarhum Syeikh Gurunya untuk melanjutkan pelajaran.
Raja Muzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya, beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah ditanya kepada bondanya iaitu dimana Allah dan bolehkah manusia melihatNya?. Bagi sesiapa yang menjawab soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab oleh bondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman orang itu dengan hujah almarhum gurunya Syeikh Abdullah. Jika orang itu tidak mahu tunduk dengan hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu. Begitulah sikap Raja Muzaffar setiap hari sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah. Melihat kelakuan pelik orang tua itu lantas Raja Muzaffar mendekatinya.
“Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?”
Tanya Raja Muzaffar tegas. Orang tua yang sedari tadi begitu khusyuk mengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkan dirinya.
“Siapakah tuan ini?” Tanya si Tua.
“Beta adalah Putera Raja negeri ini!” Jawab Raja Muzaffar tegas.
“Oh kalau begitu tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu. Tapi sayang, tuan hanya tahu ilmu tentang Allah tetapi tuan sendiri belum mengenal Allah. Jika tuan telah mengenal Allah sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepada saya soalan tuan tadi.”
Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan ‘mengenal Allah’ yang diucapkan orang tua itu. Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.
“Kemudian apa bezanya antara ‘tahu’ dengan ‘kenal’?”
Dengan tenang si Tua itu menjawab..
“Ibarat seseorang yang datang kepada tuan lantas menceritakan kepada tuan tentang ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat ‘tahu’ kerana ianya hanya sekadar maklumat dan orang yang berada pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangka kerana ciri-cirinya seakan sama. Berbanding seseorang yang datang kepada tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka, maka ini mertabat ‘kenal’ kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada pada mertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.”
Raja Muzaffar mendengar dengan teliti huraian si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas dihatinya untuk bertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada orang ramai.
“Kalau begitu wahai orang tua silalah jawab persoalan beta ini.. Dimana Allah dan bolehkah manusia melihatNya?”
“Allah berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya.” Jawab si Tua dengan tenang.
Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang tua itu dipukulnya sehingga jatuh tersungkur. Melihat orang tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung tidak menunjukkan reaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya..
“Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang tua?”
“Bukankah tadi sudah saya bilang.. tuan ini hanya orang yang tahu tentang Allah tetapi bukannya orang yang benar-benar mengenal Allah.”
Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas tanah dihadapan orang tua itu.
“Baiklah orang tua. Silalah huraikan jawapan kamu tadi sebab beta berpegang bahawa Allah itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat Allah.”
“Allah itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.” Ujar orang tua itu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah. Kemudian beliau menyambung..
“Bukankah Allah itu wujudNya esa?”
“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.
“Jika Allah itu wujudNya esa maka sudah barang tentu tidak ada wujud sesuatu bersertaNya.”
“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.
“Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini jika Allah itu diyakini wujud tanpa ada selain zat yang wujud bersertaNya dengan pandangan mata hati?”
Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat lantas dikerahkan pandangan mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai orang tua itu. Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikat alam ini jika ianya merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud Allah. Lantas beliau membuat satu kesimpulan..
“Jika dipandang dari sudut esanya wujud Allah maka alam ini tidak lain melainkan diriNya sendiri… Tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul keluar dari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar ucapannya sendiri. Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh. Terkejut. Tergamam. Terbungkam.
“Jadi kalau begitu ketika tuan memandang alam ini, siapa yang tuan pandang pada hakikatnya?” Pantas soalan itu diajukan kepada Raja Muzaffar.
“Pada hakikatnya beta memandang Allah!”
“Nah kalau begitu bukankah Allah ada berfirman yang bermaksud “Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah Allah” dari surah al Baqarah ayat 115 dan dalam surah al Hadiid ayat 3 yang bermaksud “Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.”
Kemudian orang tua itu bertanya lagi..
“Dan sekarang dapat atau tidak tuan melihat Allah ketika ini”
“Ya.. beta menyaksikan dengan ainul basyiroh.”
Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu mata Raja Muzaffar. Beliau menahan sebak kerana sekarang beliau sudah faham kenapa orang tua itu tidak mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak ketika dipukul. Semuanya kerana yang dipandangnya adalah pentajallian Allah. Dalam hati perlahan-lahan beliau berkata.. “Memang benar sesungguhnya pada sudut ini, Allah berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihat Allah.”
“Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang dinamai sebagai ilmu hakikat.”
Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus mendampingi orang tua itu untuk mempelajari lebih dalam selok-belok ilmu hakikat hingga diangkat beliau oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat. Demi mempraktikkan ilmu-ilmu hakikat yang halus, Raja Muzaffar telah menjadi seorang ahli ibadah yang alim. Beliau tidak lagi berpegang dengan fahaman almarhum gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh membuatkan seseorang itu dapat mengenal Allah dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu hakikat. Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukum akal sama sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah. Bagi beliau, ilmu Kalam yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah.
Setelah kemangkatan ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan dinegerinya dan sekarang beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar Syah pada usia 50 tahun. Beliau memerintah negerinya dengan adil dan saksama namun sikap peliknya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yang lazim itu. Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itu membangkang akan dihukum bunuh. Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Syah ini membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganut fahaman hakikat. Justeru itu rakyat jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.
Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput yang luas dengan ditemani para pembesar istana. Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda pengembala kambing dalam lingkungan usia 30an yang sedang berusaha menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya. Baginda mendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyai kasut sebagai alas kaki. Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus.
“Wahai pemuda.. kenapa kamu menghalau serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat serigala itu? Maka biarkan sahaja Allah bertindak menurut kemahuanNya.”
Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu sekonyong-konyong pemuda gembala itu menggenggam pasir lantas dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Syah. Kemudian pemuda gembala itu membongkok untuk mengambil segenggam pasir lagi lalu dilemparkan lagi ke muka Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah hanya tercegat sahaja mungkin terkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu. Pemuda gembala itu terus mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana yang berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau pengsan.
Apabila sedar dari pengsan, pemuda gembala itu mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam sebuah penjara. Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar merenggut badannya dan membawanya ke suatu tempat yang amat asing baginya. Tidak lama berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Syah.
“Mengapa kamu melempari muka beta dengan pasir?” Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Syah.
“Kerana tuanku mengatakan bahawa serigala itu adalah Allah yakni Tuhan saya.”
“Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu?” Tanya Sultan Muzaffar Syah hairan.
“Nampaknya dakwaan yang mengatakan bahawa tuanku ini adalah seorang yang mengenal Allah adalah bohong semata-mata.”
“Kenapa kamu berkata begitu?”
“Sebab orang yang sudah sempurna mengenal Allah pasti merindui untuk ‘menemui’ Allah.”
Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Syah terpesona lagi apabila mendengar ungkapan ‘menemui Allah’ yang diucapkan oleh pemuda gembala itu. Dahulu hatinya pernah terpesona dengan ungkapan ‘mengenal Allah’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syah memerintahkan agar pasung kayu yang dikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.
“Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding ‘kenal’?”
Tanya Sutan Muzaffar Syah.
“Adakah tuanku mengenali sifat-sifat Rasulullah?”
Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba..
“Ya, beta kenal akan sifat-sifat Rasulullah.”
“Lantas apa keinginan tuanku terhadap Rasulullah?”
“Semestinyalah beta mahu dan rindu untuk menemuinya kerana baginda adalah kekasih Allah!”
“Nah begitulah… Orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pasti terbit rasa ingin bertemu dengan sesuatu yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-mata.”
Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Syah berteriak kuat dengan menyebut perkataan ‘Allahu Akbar’ sekuat-kuat hatinya lalu baginda jatuh pengsan. Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka baginda kembali sedar. Sultan Muzaffar Syah terus menangis teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya. Baginda memuhassabah dirinya.. “Memang.. memang selama ini beta mengenali Allah melalui ilmu hakikat tetapi tidak pernah hadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya. Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi selama ini juga salah sepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”.. bisik hatinya. Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar Syah untuk menanyakan soalan lazimnya kepada pemuda gembala itu.
“Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan beta ini.. Dimana Allah?”
Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab..
“Allah berada dimana Dia berada sekarang.”
“Kalau begitu, dimana Allah sekarang?
“Sekarang Allah berada dimana Dia berada dahulu.”
“Dimana Allah berada dahulu dan sekarang?”
“Dahulu dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang ketahui.”
“Dimana tempat itu?”
“Didalam pengetahuan ilmu Allah.”
Sultan Muzaffar Syah terdiam sebentar sambil keningnya berkerut memikirkan jawapan yang diberi pemuda gembala itu. Kemudian baginda meneruskan pertanyaannya lagi.
“Bolehkah manusia melihat Allah?”
“Kunhi zatNya tidak boleh dicapai dengan pandangan mata kepala dan pandangan hati.”
“Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta Sultan Muzaffar Syah.
“Begini tuanku.. adapun jawapan yang diberikan oleh bonda tuanku itu diatas soalan lazim yang tuanku berikan itu adalah sebenarnya betul menurut tahapan akal tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-kanak. Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah itu juga betul jika dinilai dari sudut hukum akal. Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut pengamalan musyahadah terhadap ilmu Hakikat. Begitu jugalah dengan jawapan yang saya berikan juga betul jika dinilai dari sudut ilmu Ma’rifat. Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap dan tuanku telah pun melalui tahapan-tahapan itu. Dari tahapan jahil (ilmu bonda) ke tahapan awam (ilmu Kalam) kemudian ke tahapan khusus (ilmu Hakikat) dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas (ilmu Ma’rifat).”
Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung kata-katanya..
“Jika ilmu Hakikat itu jalan fana kerana menilik kepada zat Allah maka ilmu Ma’rifat pula jalan baqo’ kerana menilik terus kepada Kunhi zat Allah. Maka jawapan bagi persoalan tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan ialah Tiada yang tahu dimana Allah melainkan Allah dan tiada sesiapa yang dapat melihat Allah melainkan diriNya sendiri.”
Sultan Muzaffar Syah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
“Jadi bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal Allah dengan sempurna sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”
“Jangan mengenal Allah dengan akal sebaliknya mengenal Allah dengan Allah.”
“Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat bertemu dengan Allah?”
“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud “.. Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat kepadanya”.. dari surah al Kahfi ayat 110.”
Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala itu hati Sultan Muzaffar Syah menjadi tenang dan akhirnya baginda diterima menjadi murid si pemuda gembala itu. Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam menuntut ilmu Ma’rifat maka baginda mahsyur terkenal sebagai seorang sultan yang arifbillah lagi zuhud dan warak. Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untuk berpegang pada mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang lingkup yang mengikuti pegangan Ahlussunnah wal Jamaah. Dan sekarang pada usia 70 tahun barulah Sultan Muzaffar Syah sedar dan faham bahawa untuk memahami tentang Allah maka seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu sebelum seseorang itu layak dinobatkan sebagai arifbillah. Baginya samada ilmu Kalam, ilmu Hakikat atau ilmu Ma’rifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari bagi mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan Insan Kamil yang Ma’rifatullah.
Kini Sultan Muzaffar Syah sudah memahami bagaimana rasanya rindu kepada Allah dan bagaimana rasanya benar-benar tidak sabar untuk bertemu Allah. Sejak semalam mulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan kalimah Allah..Allah..Allah dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan. Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri Sultan Muzaffar Syah yang sejak 20 tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan silanya dengan linangan air mata. Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala merapatkan bibirnya ke telinga Sultan Muzaffar Syah lantas mentalqinkan baginda dengan dua kalimah syahadah seraya diikuti baginda dengan senyuman. Sejurus kemudian Sultan muzaffar Syah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana hening… pemuda gembala menunduk sahaja dan sebentar kemudian dia berkata..
“Wahai alangkah beruntungnya.. sekarang tuanku benar-benar telah menemui Allah dan dapat mengenalNya dengan sebenar-benar kenal. Wahai Allah, masih belum layakkah untuk aku bertemu denganMu.. aku mencemburui Sultan Muzaffar Syah ini maka jemputlah aku menghadapMu Ya Allah…”. Sebentar kemudian pemuda gembala itu pun turut rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana kembali hening………

27. Bahaya-Bahaya Syirik

oleh Geng Abjad Malaysia
http://www.facebook.com/notes.php?id=1526134910#!/note.php?note_id=415979796822


Syirik bermaksud menyamakan sesuatu setara dengan Allah swt dari segala sudut. Orang-orang yang mensyirikkan Allah swt dinamakan sebagai orang-orang Musyrik. Telah berulang-ulang kali Allah swt menjelaskan didalam Al Quran tentang bahaya syirik, bahawa syirik itu menyebabkan si pelakunya akan dicampakkan ke dalam neraka walau sebanyak mana pun amalan baik yang ia lakukan semasa hidup didunia dahulu. Tidak seperti dosa-dosa besar yang lain, dosa melakukan syirik ini tidak akan diampunkan Allah swt, ‘sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa jika Dia dipersekutukan dengan yang lain dan Dia mengampuni dosa yang kurang dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa besar [an Nisa:48]’.
Syirik adalah suatu perkerjaan yang buruk pada pandangan Allah swt dan tidak disukaiNya sehingga diumpamakanNya sebagai serendah najis, ‘sesungguhnya orang-orang musyrik itu adalah najis [at Taubah:28]’. Diketahui umum, tahi tergolong dalam golongan najis iaitu najis pada tingkatan mutawasitah, ia adalah bahan kumuh dan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah keluarnya dari tempat yang rendah. Tiada siapa pun yang mahukannya walaupun diberi secara percuma kerana baunya tidak menyenangkan dan rupanya menjijikkan. Ianya dihukumkan sebagai najis dalam hukum syara’ maka dengan itu ia tidak boleh berada ditempat ibadah. Jika ia dimasukkan ke dalam makanan pasti tiada siapa yang mahu memakan makanan tersebut walau sesedap manapun makanan itu. Makanan yang dimasuki tahi akan dibuang begitu sahaja lantaran kekejian dan kehinaannya. Begitulah perumpamaan syirik yang disamakan dengan najis oleh Allah swt iaitu akibat tahi, makanan yang paling enak pun pasti tidak bernilai disisi manusia malah akan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.
Begitu jugalah dengan setiap amalan baik yang dilakukan oleh manusia akan menjadi sia-sia jika ada berserta amalan itu syirik kepada Allah swt. Allah swt tidak akan memandang dan menerima amalan-amalan baik setiap hambaNya yang terdapat syirik didalamnya dan menjadi sia-sialah setiap amalan-amalan baik yang dilakukan manusia walaupun amalan itu seberat bumi dan seluas langit sekalipun, ‘dan jika mereka mempersekutukan Allah, rosak binasalah segala amalan yang sudah mereka kerjakan [al An’am:88]’. Lantaran itu, tempat yang selayaknya bagi sipelaku syirik ini adalah didalam neraka, ‘barangsiapa yang mensyirikkan Allah, akan Allah haramkan baginya syurga dan akan dicampakkanNya ke dalam api neraka [al Maidah:72]’.
Sebenarnya, amaran tentang bahaya kesyirikan ini telah disampaikan Allah swt kepada manusia sejak dahulu lagi melalui Rasul-rasulNya sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi, namun kebanyakkan dari umat terdahulu tidak mengendahkannya, ‘dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada kamu dan orang-orang sebelum kamu bahawa, jika kamu mempersekutukan Allah nescaya akan terhapus seluruh amalan kebaikkan kamu dan kamu termasuk orang-orang yang rugi [az Zumar:65]’. Rasul-rasul yang diturunkan sejak dahulu hinggalah kepada Nabi Muhammad saw, mereka semuanya membawa dan menyeru kepada seluruh umat manusia dengan seruan yang sama iaitu menyeru kepada mentauhidkan Allah swt dengan kalimah Laa ilaaha illallaah. Inilah satu-satunya kalimah keramat yang dapat membebaskan setiap manusia daripada bahaya syirik yang boleh menyebabkan seseorang itu dicampakkan ke dalam api neraka.
Maka dengan ini marilah kita sama-sama mengenal bahagian syirik-syirik ini berserta mengetahui bagaimanakah cara-cara untuk menggugurkannya. Adapun syirik itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
Syirik Jali
Syirik Khofi
Syirik Khofiul khofi
S y i r i k J a l i
Syirik Jali atau dalam istilah bahasa Melayunya adalah Syirik Nyata bermaksud suatu iktiqad yang menyamakan sesuatu atau diri sendiri setara dengan kedudukan Allah swt sebagai Tuhan yang wajib disembah, wajib ditaati dan wajib dijadikan sebagai sandaran tempat pergantungan bagi segala hajat keperluan yang mana iktiqad ini dizahirkan secara terang-terangan tanpa berselindung melalui tingkah-laku perbuatan dan ucapan.
Syirik ini berlaku akibat dari kejahilan orang-orang yang cetek pengetahuan agama dan lagi langsung tidak mahu memperdalami ilmu-ilmu agama yang berkait tentang aqidah. Kebanyakkan yang menghidapi penyakit syirik jenis ini ialah orang-orang yang pengetahuan agamanya tentang Tuhan adalah rendah. Mereka mengetahui Allah adalah Tuhan namun dalam masa yang sama mereka sanggup mentaati atau memperhambakan diri kepada selain Allah demi memenuhi keperluan nafsu.
Mereka berpendapat bahawa kubur-kubur keramat, pokok-pokok besar, batu-batu tertentu dan orang-orang keramat ada mempunyai kuasa tertentu, oleh sebab itulah mereka berusaha menjaganya semata-mata untuk mendapat manfaat darinya. Kerana itu ada yang sanggup memuja kubur dan pokok-pokok yang besar dengan membuat pelbagai cara ritual yang menyalahi hukum syara’ guna untuk diperkenankan sekelian hajat. Tidak kurang juga ada yang rela menjadi hamba suruhan individu-individu tertentu yang didakwanya sebagai manusia keramat hingga sanggup menyerahkan apa sahaja kepadanya demi mendapat barakah kononnya. Tidak kurang juga ada yang mempercayai bahawa sekelian bomoh, pawang dan dukun mempunyai kekuasaan ghaib dan kemampuan tertentu untuk membuang segala jenis penyakit lantas meletakkan pergantungan harap hanya kepada mereka dalam bab penyembuhan. Semua ini adalah perlakuan syirik secara nyata yang terkutuk disisi Allah swt.
Perlu diingat, apabila perkara-perkara syirik Jali ini dilakukan oleh manusia yang mengaku sebagai muslim maka pada ketika itu gugurlah syahadah mereka. Gugur syahadah bermakna kafirlah mereka ketika itu. Cara untuk menyucikan najis syirik yang telah mengotori akal fikiran manusia-manusia jahil ini adalah dengan kembali membersihkannya dengan mengucapkan kalimah syahadatain iaitu kalimah Laa ilaaha illalLaah MuhammadarRasulullaah dengan betul-betul memahami maksud tujuan sebenar ucapan kalimah tersebut.
Mengucapkan kalimah syahadatain tanpa memahami maksudnya samalah seperti burung kakak tua yang tahu menyebut perkataan tertentu tetapi ia sendiri tidak memahaminya. Sepatutnya kalimah syahadatain itu berfungsi sebagai penetap dan pemantap aqidah sipengucapnya sehingga kebergantungannya hanya semata-mata kepada Allah namun realitinya hari ini tidak begitu kerana sipengucap berasa telah cukup menjadi muslim yang sempurna apabila kalimah itu diucapkannya sekali lalu sahaja. Ini adalah pendapat yang jahil.
Jalan yang sebetulnya ialah wajib mengetahui sekelian juzuk-juzuk dan furu’-furu’ aqidah yang terkandung didalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul walaupun pengetahuan itu hanya sekadar secara ijmali sahaja yakni mengetahui 20 sifat wajib dan mustahil berserta 1 sifat yang harus bagi Allah dan 4 sifat wajib dan mustahil berserta 1 sifat yang harus bagi Rasul yang wajib diketahui. Jika secara tafsili sekelian juzuk dan furu’nya berjumlah 68 aqoidul iman kesemuanya. Inilah yang terkandung didalam pelajaran ilmu Ushuluddin dari aliran Asy’ariyah yakni aqidah Ahlussunnah wal Jamaah.
S y i r i k K h o f i
Syirik Khofi atau dalam istilah bahasa Melayunya adalah Syirik Halus bermaksud suatu iktiqad yang menyamakan ataupun memandang diri mempunyai sifat-sifat yang setara dengan sifat-sifat keTuhanan Allah swt yang mana iktiqad ini menyebabkan seseorang itu berasa cukup dengan hanya bergantungan kepada dirinya sendiri dan melakukan sesuatu demi kepentingan dirinya sendiri.
Syirik jenis ini boleh menghinggapi sesiapa sahaja, tidak kira orang yang cetek ilmu agamanya mahupun terhadap orang yang tinggi ilmu agamanya. Ianya adalah sejenis penyakit hati yang serius dan dengannya mengakibatkan para pengidapnya terjauh dari rahmat Allah dan yang lebih buruk lagi mengakibatkan gugurnya syahadah. Penyakit hati yang dimaksudkan ini ialah hatinya dihinggapi virus nafsu Mazmumah yakni sombong, angkuh, riya’, sum’ah, takabbur, khianat, ujub, dengki, tamak, bakhil, zalim dan sebagainya.
Golongan ini walaupun beragama Islam tetapi mereka telah lupa kepada Allah dan ajaran Rasul sehingga Islam hanya sebagai tidak lebih daripada susunan perkataan penghias dipermukaan Mykad. Golongan ini walau membaca Al Quran namun gagal menghayati maksudnya dengan baik dan walau bersolat namun solatnya sambil leka. Pada mereka ibadat samalah hukumnya seperti melaksanakan adat, oleh kerana itulah meninggalkan ibadat telah menjadi kebiasaan adat bagi mereka. Akal mereka telah dihijab dengan kemewahan yang dihidangkan saban hari dihadapan mata mereka semenjak kecil lagi dan mereka diperkenalkan kepada dunia melebihi pengenalan terhadap akhirat. Apabila akal mereka terhijab dan hijab itu hanya menampakkan keindahan dunia maka nafsu Mazmumah mulailah menguasai hati mereka sehinggakan bagi mereka dunia ini adalah lebih baik dari segala-galanya.
Mulailah mereka bercita-cita untuk mendapatkan dunia sehingga sanggup menjatuhkan orang lain akibat dengki dan tamak yang bersarang dihati, kemudian setelah impiannya tercapai melalui jalan khianat dan ia telah berada ditempat yang tinggi mulailah ia berasa sombong serta bersikap riya’ dan angkuh terhadap orang yang lebih bawah daripadnya. Virus Mazmumah terus meracuni hatinya sehingga sanggup menzalimi sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya lantas bersikap bakhil sehingga mengenepikan hak-hak orang lain. Ia mula memandang dirinya serba hebat dan sempurna dan sering bersikap sum’ah lantaran keujuban telah bernanah dihatinya. Sekarang dunia berserta kemewahannya telah ada ditangannya dan dialah rajanya namun hatinya masih gelisah kerana dari hari ke hari kawan dan taulannya semakin menjauhkan diri darinya, sahabat mulai menjadi musuh dan keluarga mulai memencilinya. Hidupnya mewah tetapi hatinya gelisah sehingga kadang-kadang terdorong untuk membunuh diri dan tak kurang juga yang berkesudahan menjadi gila.
Perlu diingat, hati dapat dijangkiti oleh sifat Mazmumah adalah dikeranakan tiadanya ketenangan hati. Punca terjadinya dengki adalah kerana hati tidak tenang melihat kesenangan orang lain, terjadinya khianat kerana hati tidak tenang kalau tandingannya masih tidak dapat dikalahkan, terjadinya sombong kerana hati tidak tenang selagi tandingannya tidak direndahkan, terjadinya riya’ kerana hati tidak tenang selagi kemegahan dirinya tidak ditonjolkan, terjadinya angkuh kerana hati tidak tenang selagi tandingannya belum dimalukan, terjadinya zalim kerana hati tidak tenang selagi tiada orang yang mahu tunduk padanya, terjadinya bakhil kerana hati tidak tenang kalau-kalau simpanannya habis, terjadinya sum’ah kerana hatinya tidak tenang kalau hasil usahanya tidak diketahui orang dan terjadinya ujub kerana hatinya tidak tenang kalau tidak membandingkan kelebihan dirinya dengan orang lain.
Ubatnya tiada lain melainkan kembali kepada kitabulLah kerana didalamnya telah Allah adakan jalan-jalan khusus untuk mengubati dan membasminya. Allah berfirman yang bermaksud, ‘ingatlah! hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang [ar-Rad:28]’. Ini janji Allah dan Allah sekali-kali tidak akan mengkhianati janjiNya, ‘sesungguhnya janji Allah itu pasti tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya [Yunus:55].’ Untuk itu perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah pada setiap masa dan ketika, guna untuk mendinding hati dan menyembuhi hati dari serangan virus Mazmumah.
Ulama fuqara telah membahagikan zikir itu kepada dua martabat iaitu zikir Hasanah dan zikir Darojah. Zikir Hasanah bermaksud ucapan menyebut nama Allah dan kalimah Tauhid yang jika dilazimkan menyebutnya bakal sekadar mendapat ganjaran pahala sedangkan zikir Darojah adalah ucapan menyebut nama Allah dan kalimah Tauhid yang jika dilazimkan menyebutnya bakal meningkatkan darjat kedudukkan kita disisi Allah dan zikir pada martabat inilah yang dapat mendinding hati dan menyembuhi hati dari serangan virus Mazmumah.
Adapun cara untuk mendapatkan zikir Darojah ini ialah dengan mengambil talqin zikir tersebut dari Mursyid-mursyid aliran tareqat yang muktabar. Apabila penyakit hati (syirik khofi) ini mudaratnya sehingga dapat merosakkan segala amalan dan lebih buruk lagi ianya bisa mengakibatkan gugurnya syahadah maka mencari ubat dan penawarnya adalah wajib. Oleh itu mengambil talqin zikir dan seterusnya menjadi salik kepada mana-mana guru yang Mursyid tidak kira dari apa jenis aliran tareqat yang muktabar pun maka hukumnya adalah fardhu Ain yakni wajib.
S y i r i k K h o f i u l K h o f i
Syirik Khofiul Khofi atau dalam istilah bahasa Melayunya adalah Syirik Halus Lagi Tersembunyi bermaksud suatu iktiqad yang menyamakan af’al, asma, sifat dan zat selain Allah setara dengan af’al, asma’, sifat dan zat Allah. Maka inilah dia yang dikenali sebagai ibu segala syirik. Ibu segala syirik bermaksud masih memandang diri sebagai ada wujud selain wujud Allah.
Ibu segala syirik ini amat jarang disebut orang bahkan membahaskan tentang bahaya-bahayanya pun nampaknya seperti telah ditinggalkan langsung dizaman ini. Di masjid-masjid dan di surau-surau juga nampaknya tidak ada yang mengungkitnya, mungkin pemakmurnya tiada yang ahli dalam perkara ini. Ketahuilah, letak duduknya pembahasan tentang bahaya-bahaya syirik halus lagi tersembunyi ini dan cara untuk menggugurkannya ialah terkandung didalam pembelajaran ilmu-ilmu Tasawuf. Memang benar ilmu Tasawuf ada diajar di masjid dan di surau namun perlu diingat ianya masih lagi ilmu-ilmu Tasawuf pada peringkat Mubtadi (awam) sedangkan letak duduknya bahasan tentang syirik jenis ini ialah dalam ilmu-ilmu Tasawuf pada tingkatan Muntahi (tinggi). Oleh itu tidak hairanlah ramai orang-orang pada zaman ini yang tidak tahu-menahu langsung tentang syirik khofiul khofi ini kerana ianya tidak diajari di masjid dan di surau bahkan pemerintah dan penguasa agama seolah-olah seperti sengaja menutupinya dari pengetahuan masyarakat umum.
Ibu segala syirik ini berlaku apabila pengetahuan seseorang itu tentang wahdaniyah-nya atau esanya Allah pada af’alNya, asmaNya, sifatNya dan zatNya langsung tiada, oleh kerana ia langsung tidak pernah mempelajarinya. Apabila ini berlaku, syirik khofiul khofi ini boleh sahaja terjadi atas diri seseorang itu dalam keadaan mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka sedang melakukan kesyirikan itu. Syirik jenis ini amat halus sehinggakan tiada siapa pun yang akan menyedarinya jika tiada siapa yang memberitakannya.
Apabila seseorang itu tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mengesakan Allah pada af’alNya maka bila-bila masa sahaja ia akan terjebak kepada mempersekutukan af’alnya dengan af’al Allah. Begitu jugalah dengan asma, sifat dan zat Allah, apabila ia tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mengesakanNya maka menyamakan asmanya, sifatnya dan zatnya dengan asma, sifat dan zat Allah pasti akan berlaku. Sebenarnya perkara syirik khofiul khofi ini bukannya boleh digugurkan dengan hanya mengetahui dan menghafal ilmu-ilmu tentang pengesaan terhadap af’al, asma, sifat dan zat Allah semata-mata sebagaimana yang terdapat didalam ilmu Ushuludin tetapi ianya baru akan dapat digugurkan dengan cara pengamalan.
Contoh ringkas apabila seseorang itu mulai terjebak ke dalam kancah syirik khofiul khofi ini ialah apabila telah menjadi kelaziman iktiqad didalam hatinya lantas menyengajakannya dengan ucapan bahawa apa yang ia miliki sekarang ini tidak kiralah samada ianya berbentuk rumah, kereta, tanah, syarikat dan sebagainya adalah kesemuanya itu miliknya kerana ia memandang kesemua itu datangnya daripada hasil usahanya semata-mata. Inilah namanya syirik halus lagi tersembunyi sebab Allah dengan tegasnya telah berfirman didalam Al Quran yang bermaksud, ‘segala puji bagi Allah selaku pemilik apa-apa yang ada dilangit dan dibumi.. [Sabak:1].’ Adalah menjadi suatu kesyirikan apabila ia mengatakan dengan berserta iqtikad bahawa sekian barang adalah miliknya sedangkan hakikat pemilik bagi sekian barang yang dimilikinya adalah kepunyaan Allah. Apa yang berlaku ialah ia telah mempersekutukan Allah pada sifat al-MalikNya.
Perhatikan baik-baik, berpunca daripada meletakkan pada diri mempunyai sifat al- Malik Allah (syirik khofiul khofi) seperti contoh diatas maka pasti akan menyusul kemudiannya rasa sombong, ujub, sum’ah, dengki, khianat, bakhil dan sebagainya (syirik khofi) pada diri seseorang itu lantas ia mula berasa diri serba cukup dan memandang dirinya serba sempurna serta berasa seronok jika dirinya dipandang mulia lantas ingin segala perintah dan usul darinya ditaati (syirik jali). Kerana itulah syirik khofiul khofi dikenali sebagai ibu segala syirik kerana bermula darinyalah lahirnya syirik khofi dan syirik jali, manakala menggugurkannya bererti tergugurlah sekaligus syirik khofi dan jali.
Cara untuk menggugurkan syirik jenis ini tiada lain melainkan wajib duduk dibawah bimbingan seorang guru yang Mursyid pada satu-satu masa yang akan membimbing saliknya dengan membuka satu-persatu Sir Rububiyyah (rahsia ketuhanan) berkenaan af’al, asma, sifat dan zat Allah sehingga mencapai matlamat ma’rifatullah. Allah berfirman didalam Al Quran yang bermaksud, ‘Ketahuilah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah [Muhammad:19].’ Perkataan ‘ketahuilah’ pada ayat tersebut menjadi dalil atas wajibnya memperdalami ilmu-ilmu tentang keesaan Allah. Jadi, apabila ilmu-ilmu tentang esanya Allah telah diketahui lantas ianya diamalkan menurut cara pengamalan yang sepatutnya secara istiqomah maka secara sunatullahNya pasti Allah akan mengurniakan Nur ma’rifah kepada para salik yang mujahidin. Nur ma’rifah itulah yang menjadi matlamat sekelian hamba-hamba Allah kerana dengan Nur ma’rifah itulah Ihsan dapat difahami lantas dilaksanakan dalam setiap ibadah yang dilakukan

26. SUFI HAKIKI DAN SUFI PALSU

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
oleh Geng Abjad Malaysia
http://www.facebook.com/notes.php?id=1526134910#!/note.php?note_id=415972686822

0rang-orang yang mengikuti perjalanan ruhani menuju Allah (Ahli Suluk
atau Ahli Thariqat) terbagi menjadi dua golongan.

Yang pertama, ialah golongan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.
Mereka mematuhi ajaran al-Qur'an dan mematuhi amalan dan peraturan
yang dicontohkan dari perilaku dan kata-kata Nabi Muharnmad Saw.
Mereka mengikuti panduan tersebut dalam perkataan, dalam bertindak,
dalam pemikiran dan dalam perasaan mereka.
Mereka mengikuti maksud di dalam hati atau intisari yang tersirat dan
yang terpendam dalam ajaran Islam.
Mereka sangat paham dan tidak mengikuti begitu saja ajaran-ajaran
Islam.
Mereka mematuhi ajaran Islam sepenuhnya, menghayati dan menikmati
manisnya ajaran dan prinsip agama.
Mereka melakukan ibadah bukan karena paksaan, tetapi mereka merasa
nikmat melakukannya.
Inilah jalan mistik (keruhanian) yang mereka patuhi.
Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenarnya.

Ada sebagian dari mereka yang dijanjikan dengan surga tanpa dihisab
terlebih dahulu di hari Pengadilan.
Ada sebagian merasakan sedikit azab di Hari Pembalasan, kemudian
dimasukkan ke surga.
Ada pula yang terpaksa merasakan azab neraka untuk sekian lama guna
membersihkan dosa-dosa mereka sebelum dimasukkan ke surga. Tetapi
tidak ada yang berada selama-lamanya dalam neraka itu.
Yang kekal dalam neraka ialah orang-orang kafir dan orang-orang
munafik.

Yang kedua, ialah kaum yang sesat atau kaum Sufi yang patsu yang
terdiri dari berbagai golongan.
Mereka ini adalah kaum yang sesat di zaman ini.

Golongan yang Sesat

Banyak golongan orang-orang yang sesat, antara lain:

Golongan Hululiyyah: Mereka berpendapat adalah halal melihat badan
orang yang bukan mahramn, yang menggiurkan nafsu, dan paras yang
cantik yang bisa mendorong kepada zina, baik lelaki atau perempuan,
siapa pun baik anak atau isteri orang. Mereka berbaur antara lelaki
dan perempuan dan menari bersama-sama.
Hal ini jelas sekali berlawanan dengan ajaran dan prinsip Islam.

Golongan Haliyyah: Mereka ini gemar menyanyi, menari, memekik,
menjerit dan menepuk tangan.
Konon, dalam keadaan demikian mereka dapat mengatasi dan melampaui
hukum-hukum syari'at Islam.
Tidak perlu lagi bersyari'at karena telah melampaui peringkat
syari'at.
Hal ini jelas sesat karena Nabi Muhammad Saw. sendiri pun mengikuti
syari'at,walaupun ia kekasih Allah Swt.

Golongan Auliaiyyah: Mereka ini mendakwakan diri dekat dengan Allah.
Dengan kata lain telah mencapai peringkat Aulia Allah.
Apabila telah jadi Waliullah tidak perlu lagi shalat, puasa, haji,
dan beribadah lainnya.
Mereka berpendapat bahwa seseorang Wali menjadi anak Allah dan dengan
itu mereka lebih tinggi derajatnya dari Nabi.
Mereka mengatakan bahwa ilmu atau wahyu sampai kepada Nabi melalui
malaikat Jibril, tetapi Waliyullah menerima ilham atau hikmah
langsung dari Allah.
Itulah dakwaan mereka.
Pendapat mereka ini adalah silap, salah dan sesat yang akan membawa
mereka kepada kebinasaan dan akan menjerumuskan mereka ke lembah
bid'ah dan kafir.

Golongan Syamuraniyyah: Mereka percaya kalam (perkataan) adalah kekal
dan barangsiapa menyebut kalam yang kekal (kalam Allah) itu tidak
terikat dengan hukum atau syari'at agama.
Mereka tidak peduli dengan hukum halal atau haram.
Dalam upacara ibadah mereka menggunakan alat musik.
Perempuan dan lelaki berbaur menjadi satu.
Tidak ada hijab lelaki dengan perempuan.
Ini sudah jelas sesat dan menyimpang jauh dari ajaran al-Qur'an.

Golongan Hubbiyyah: Golongan ini berkata bahwa apabila seseorang
sampai ke peringkat cinta, mereka tidak lagi berada di bawah hukum
syari'at.
Mereka tidak peduli dengan pakaian. Kadang-kadang mereka bertelanjang
bogel.
Tidak ada lagi perasaan malu pada diri mereka.
Inilah ajaran sesat dan menyesatkan.

Golongan Huriyyah: Mereka senang berteriak-teriak, memekik-mekik,
menyanyi, dan bertepuk tangan, konon katanya untuk mendapatkan Dzauq
(ekstasi).
Mereka mendakwa bahwa dalam keadaan Dzauq itu mereka ber-senggama
atau bersetubuh dengan bidadari.
Setelah mereka keluar dari keadaan Dzauq, mereka pun mandi hadas.
Mereka ini tertipu oleh nafsu mereka sendiri.
Sesatlah mereka.

Golongan lbahiyyah: Mereka ini tidak menyuruh berbuat baik dan tidak
melarang berbuat jahat.
Sebaliknya mereka menghalalkan yang haram.
Zina pun dihalalkan.
Bagi mereka, semua wanita halal untuk semua lelaki.
Inilah golongan yang sesat dan miskin yang meminta sedekah dari rumah
ke rumah.
Mereka beranggapan bahwa mereka menerima azab Allah yang hina.

Golongan Mutakasiliyyah: Mereka mengamalkan prinsip bermalas-malasan
dalam meneari nafkah.
Mereka telah me- ninggalkan dunia dan keduniaan.
Maka musnahlah mereka dalam kemalasan mereka sendiri.

Golongan Mutajahiliyyah: Mereka berpura-pura bodoh dan berpakaian
tidak senonoh dan bersikap seperti orang kafir.

Padahal Allah berfirman:

"Janganlah kamu cenderung meniru orang-orang yang zalim, kelak kamu
akan di sentuh (dijilat) api neraka" (Hud: 113).

Nabi pun pernah bersabda:

"Barangsiapa mencoba menyerupai sesuatu kaum, maka mereka dikira
sebagai ahli kaum itu. "

Golongan Wafiqiyyah: Mereka berpendapat bahwa Allah yang mampu
mengenal Allah.
Dengan itu mereka tidak mau berusaha mencari hakikat atau kebenaran.
Karena kebodohan mereka itu, mereka terseret ke jurang kerusakan dan
kesesatan.

Golongan Ilhamiyyah: Mereka ini mementingkan ilham.
Tidak mau menuntut ilmu dan tidak mau belajar.
Mereka berkata bahwa al-Qur'an adalah hijab bagi mereka.
Mereka menggunakan puisi karangan mereka sebagai ganti al-Qur'an.
Mereka membuang al-Qur'an dan meninggalkan ibadah shalat, dan lain-
lain.
Mereka mengajarkan anak-anak mereka berpuisi sebagai ganti al-Qur'an.
Maka sesatlah mereka.

Demikian banyak ajaran-ajaran sesat dari guru Sufl palsu di zaman
ini, kata Syeikh Abdul Qadir al-jailani.

Sufi yang Benar dan Sufi Palsu

Sebenarnya golongan sesat dari kaum yang mengaku dirinya Sufi itu
akan terus ada di setiap masa, baik dari golongan kaum Muslimin yang
melencong dari jalan yang benar maupun dari golongan kaum kafir juga.

Adapun kaum kafir, sejak semula mereka telah tersesat dalam belenggu
kekufuran.
Meskipun mereka bertabiat seperti seorang Sufi, dan mereka menahan
diri dari segala macam tuntutan hawa nafsu untuk bertaqarrub, namun
dasar kepercayaan mereka sendiri itu telah salah dan melenceng dari
jalan Allah yang sebenarnya.
Mereka seperti yang sering kita lihat pada orang-orang yang
berkeperecayaan Hindu dan Buddha dan sebagainya.
Sayang sekali jerih payah mereka dalam mengendalikan diri dari hawa
nafsu dunia itu ditujukan untuk kepercayaan yang sesat,bukan kepada
Tuhan Yang Maha Esa.

Allah berfirman:

"Dan siapa yang memohon kepada tuhan yang selain Allah, dia tidak
mempunyai alasan apa pun tentang kepercayaannya itu, maka
sesungguhnya perhitungannya nanti di sisi Tuhannya jua, sesungguhnya
tiadalah beruntung orang-orang yang tidak beriman itu" (Al-Mu'minun: 117).

Sungguh menyedihkan keadaan mereka.
Mereka telah bersusah payah menahan segala kenikmatan di dunia,
tetapi tidak mampu memetik hasil dari jerih payahnya itu, karena apa
yang mereka lakukan adalah sia-sia belaka.
Sementara di akhirat mereka pun akan mendapat hukuman, siksa di dalam
api neraka untuk selama-lamanya karena tidak mengikuti petunjuk yang benar.

Bagaimana dengan orang-orang yang beriman, tetapi kemudian yang
tersesat jalan?
Mungkin pada awalnya mereka melangkah di jalan yang benar atau
berniat baik untuk tujuan Sufi.
Tetapi tidak mustahil, mereka bisa tertipu dalam perjalanan
kesufiannya itu, karena terpengaruh oleh hawa nafsu.
Nafsu yang akan ditentangnya ternyata berbalik muka menjadi gejala
yang menentangnya.
Orang yang menentang hawa nafsu itu bertujuan menghadapkan wajahnya
kepada Tuhan yang dicari-Nya agar dikenali-Nya. Perlakuannya di dalam
kesufian itu bukanlah bertujuan untuk mencari pangkat atau memperoleh
pujian dan nama dalam masyarakat pengikutnya.
Apabila dilihatnya dirinya dihormati, para pengikutnya berkerumun
mengelilinginya, dan terharulah hatinya, ia sangat senang dengan
keadaan ini.
Padahal, inilah penyakit, yang dalam istilah kesufian disebut
Istidraj, yakni perkara-perkara yang datang sebagai cobaan dan ujian
kepada seorang Sufi.

Orang yang semacam ini, memang setan senang sekali berdampingan
dengannya.
Dia malah lebih senang menyandarkan dirinya dengan Sufi palsu ini
daripada orang yang bodoh dari liku-liku urusan agamanya.
Memang mudah orang yang 'bodoh' itu dapat dipengaruhi dan
diperdayakan oleh setan, tetapi hasilnya hanya seorang saja.
Berbanding dengan Sufi palsu ini, dia mempunyai pengikut yang banyak,
kalau dapat diperdayakan setan satu orang Sufi, maka Sufi itu dapat
menghantar perdayaan itu kepada semua pengikutnya, kecuali orang yang
diselamatkan Tuhan.

Setan akan berbisik kepada si Sufi palsu itu:
Engkau seorang besar! Pengaruhmu sungguh mengagumkan! Sebab para
pengikutmu banyak sekali,karena itu engkau jangan bimbang! Mereka
tidak akan menyia-nyiakanmu.
Engkaulah orang Sufi yang benar! Engkau wali, dan bukankah wali itu
orang kesayangan Tuhan! Apa pedulimu kepada orang-orang bodoh yang
merendahkan derajatmu.
Mereka itu tidak mengerti. Masih jahil. Jahil murakkab.
Engkau begini, dan begitu, dan seterusnya.
Bisikan itu tidak ada akhirnya.
Diberikan kepadanya Khatir-khatir, yakni lintasan-lintasan hati yang
semuanya palsu dan keliru, sedang diatermakan semua umpan yang
dipasangkan di dalam perangkapnya.
Itulah dia Istidraj yang selalu menimpa orang yang mengangan-angankan
diri menjadi Sufi sebelum waktunya.
llham yang diterimanya bukan ilham dari Allah Swt., tetapi ilham dari
setan, sedang dirinya tidak tahu.

Orang Sufi palsu ini sungguh berbahaya kepada umat Islam.
Dia lebih berbahaya daripada sang Sufi sesat, yang perjalanannya
benar, tetapi kepercayaannya salah dan sesat.
Sebab orang Sufi sesat itu, semua orang Islam telah rnengenalinya dan
mudah dikenali.
Namun sang Sufi palsu itu akan membawa kekeliruan kepada khalayak yang
tidak mengerti, atau orang yang mudah terpengaruh dengan hal-hal yang
tidak asli atau tiruan.
Lalu bukan saja dia yang sesat, malah dia akan menyesatkan banyak
orang yang tidak berdosa, hanya salahnya karena terpengaruh dengan
yang salah yang digambarkan sebagai benar, wallahu-a'lam.

Pendapat Ahli Sunnah wal-jama'ah

Para pemimpin dan guru-guru Sufi dari golongan Ahli Sunnah Wal-
Jama'ah berpendapat bahwa para sahabat, dengan berkat ajaran dan
kehadiran Nabi, adalah dalam keadaan Dzauq keruhanian yang tinggi
martabatnya.
Setelah zaman berlalu, keadaan keruhanian yang tulen ini makin lama
makin kurang dan tipis.
Kemudian keadaan keruhanian ini diwarisi oleh guru-guru mursyid yang
kemudian, pecah menjadi banyak firqah dan
cabang.

Oleh karena terlalu banyak firqah dan golongan kaum mursyid itu,
hikmah dan tenaganya pun makin tipis dan makin berpecah-belah. Dalam
banyak hal, yang tinggal hanya bentuk zahir saja yang berlagak
seperti guru Sufi, padahal batinnya dan hakikatnya bukan Sufi. Lama
kelamaan timbullah Sufi-Sufi palsu dan bid'ah. Ada yang menganut
golongan Haydari dan berpura-pura menjadi perwira dan pahlawan.
Ada pula yang menamakan diri mereka kaum Adhami dan berpura-pura
mengikuti jejak langkah Ibrahim Adham, yaitu seorang Sufi besar yang meninggalkan
istana dan pangkat sultan karena hendak mengamalkan ilmu Sufi.
Bahkan, masih banyak lagi ajaran sesat dari guru Sufi palsu yang
timbul.

Dalam zaman ini, ahli-ahli Sufi yang sebenarnya, yang bersesuaian
dengan syari'at, makin lama makin berkurangan jumlah mereka.

Ahli Sufi yang hakiki dapat dikenali dengan dua cara:

Pertama, zahir mereka, yaitu mereka mengamalkan syari'at.

Kedua, batin mereka, yaitu boleh dijadikan contoh teladan karena
mereka mewarisi keruhanian Nabi Saw.
Sebenarnya contoh manusia yang paling baik ialah Nabi Besar Muhammad
Saw. Dialah sebenar-benar Sufi yang hakiki.
Syari'at dan Hakikat hendaklah bersama seiring jalan
untuk kesinambungan agama dalam kehidupan mukmin dan mukminah sejati.

Seorang Waliyullah yang mewarisi keruhanian Nabi akan memberi berkat
kepada Si Salik dengan kehadiran fisiknya. Sesungguhnya Iblis tidak
dapat menyerupai Nabi Saw.

Awas, wahai Salik, orang buta tidak boleh menunjukkan jalan pada si
buta yang lain.

Pandangan kita hendaklah tajam supaya kita dapat membedakan kebaikan
dengan kejahatan, walau sebesar zarrah pun.

Ingatlah, bahwa perjalanan Sufi itu bukan medan permainan.
Bila suka boleh ikut, bila malas boleh ditinggalkan. la adalah jalan
menuju ke Hadhirat Ketuhanan, yang kepadanya tidak semudah diucapkan lisan.
walaupun begitu, wajarlah ia menjadi tujuan setiap insan. Yang ingin
mencari ketenangan diri dan makrifat hakikat penciptaan Tuhan.
Bukankah kita disuruh rnenyembah-Nya menurut bunyi sebuah firman?
Bagaimana boleh menyembah kalau belum sempat untuk berkenalan?

Khatir yang Datang Kepada Sufl

Khatir itu ialah lintasan-lintasan hati, atau cetusan yang muncul di
hati orang Mukmin karena sesuatu sebab atau yang lain. la biasanya
datang secara tiba-tiba sehingga mengharukan orang yang didatanginya.
Kalau ia telah terbiasa dengan khatir- khatir seperti itu,
maka perkaranya agak mudah sedikit, akan tetapi khatir yang datang sekali-
sekali harus diberikan perhatian yang cukup dan dipertimbangkan
dengan sehalus- halusnya agar dia tidak tertipu.

Apabila khatir itu muncul, dan hatinya kuat mengatakan, bahwa dia itu
datang dari Malaikat, yakni Khatir-Al-Malak, mestilah dia bertenang
lebih dahulu dan bertanya pada dirinya:

Siapa engkau ini, dan engkau datang dari mana?
Mungkin tidak sukar ia akan mendengar suara hatinya menjawab: Aku ini
sebagian Nubuwah, yakni pemberitahuan khusus yang datang dari Al-Haqq,
yaitu Tuhan yang sebenarnya. Aku memang benar. Aku datang dari
Habib (siapa yang dicintai) dan Ar-Rafiq (Rakan). Khatir, atau bisikan hati ini akan
memenuhi kebatinannya, pendengarannya dan pemandangannya. Sikap orang
yang didatangi Khatir ini gemar sekali rnengasingkan diri dari
kumpulan orang ramai, tidak suka banyak berbicara, seperti orang
sakit lagaknya. Mukanya terlalu masyghul karena tekanan Khatir yang
datang menyelubungi jiwanya itu.

Dalam keadaan yang serupa itu, orang yang tidak tahu akan mengatakan
bahwa dia sedang ditimpa gangguan dalam dirinya, karena semua
sifatnya berubah dan seolah-olah dia berada di tempat yang bukan
tempat yang dia sedang berada itu.
Tetapi sebentar lagi keadaannya akan berubah pula, dan dia kelihatan
penuh perasaan tenteram dan tenang, dan sedikit demi sedikit
keadaannya akan kembali pulih seperti sediakala seolah-olah tiada
sesuatu yang menimpa dirinya.

Di dalam keadaan dia sedang diselubungi Khatir itu, dia kelihatan
seperti orang yang terkena pukau, yang kesadarannya tidak penuh.
Kadang-kadang dia akan mengatakan sesuatu yang boleh didengar oleh
orang yang berada di sisinya, dan kadang-kadang tidak kedengaran apa
yang dikatakannya itu, seolah-olah dia sedang asyik berbicara sesuatu
dengan se-seorang yang berada di sisinya. Namun siapa yang mengerti
semua keadaan ini kecuali orang yang sudah mengalaminya, dan orang
yang mengalami hampir semuanya tidak mau menceritakannya, karena
semua itu adalah rahsia-rahsia ketuhanan yang halus yang tidak
boleh dibocorkan. Dan kalau diberitahukan pula, mungkin ramai orang
yang tidak percaya. Mungkin dikatakan orang, dia itu terasuki jin,
wallahu-a'lam.
Related Posts with Thumbnails