17 Mei 2010

Hijab antara Manusia dengan Allah

[Ihsan oleh Nur Anwar ] Terima kasih..

Jangan berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya rahmat Allah itu Maha luas. Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuloh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.
"Aku adalah mengikut persangkaan Hambaku.Bila hambaku menujuKu sejengkal , Aku hampiri sedepa...

Dzun Nun Al Misyry ditanya :" Apakah hijab yang paling halus dan yang paling bersangatan?"
Dijawabnya : "Melihat diri dan mengaturnya."
Maksudnya bahawa hijab yang mendinding manusia terhadap Allah adalah hijab yang paling halus dan bersangatan iaitu melihat diri dan mengurusnya. Yakni mengarahkan fikiran, daya dan usaha pada memikirkan alam jasmaniah saja dapat menghambat matahati kita terhadap Allah. Kita bukan tidak boleh mengatur dan mengurus diri tetapi jangan sampai melewati batas sehingga hubungan kita dengan Allah terhalang. Kita diperbolehkan mempunyai rumah yang besar indah dan kenderaan yang bagus tetapi semuanya janganlah sampai melalaikan ataupun melupakan Allah. Apabila keadaan ini menimbulkan kelalaian dan kelupaan maka semuanya ini menjadi hijab-hijab bagi kita.

Bagaimana hati kita akan bersinar apabila sesuatu didalam alam ini melekat di dalam matahati. Bila keduniaan mengawal kita, maka tujuan supaya hati bersih menghadap sempurna kepada Allah pasti tidak akan berhasil. Bila dunia ini terpaut dalam hati maka hati akan menemui kegelapan. Sama seperti kaca/cermin apabila berdebu begitu banyak dan melekat kuat, maka cermin itu sudah tidak dapat menangkap gambar objek kedalamnya. Bila hati sudah terpaut kuat kepada dunia yang fana ini akan sulitlah hati kita mengarah kepada tujuan menghadap Allah dengan syuhud dan tajjali seperti yang dimaksudkan dengan ihsan didalam hadis Rasulullah s.a.w.

Apabila hati gelap maka sinar makrifat akan jauh darinya. Sebab hati, mukanya hanya satu. Bila muka yang satu itu menghadap dunia maka jauhlah ia dari Allah. Kita dalam mengerjakan ajaran agama, pada hakikatnya bukanlah sekadar patuh dan taat kepada Allah tetapi juga pada hakikatnya kita berjalan kepadaNya dengan erti hubungan menjadi semakin dekat, baik dalam ilmu, keyakinan dan seluruh perasaan. Ini dapat kita capai bila kita memutuskan hubungan dengan kehendak-kehendak hawa nafsu dan syahwat. Tetapi bila kita berada dalam tawanan hawa nafsu, setiap kali kita bangun berdiri untuk melangkah, setiap kali pula kita jatuh tersungkur. Setiap kali berkumpul dalam hati kita keinginan yang kuat untuk berjalan kepada Allah tetapi pada waktu petangnya tentera-tentera syahwat menyerang pertahanan, sehingga benteng pertahanan yang dibina runtuh. Demikianlah sulitnya kita menuju kepada Allah apabila kita masih terikat dengan ikatan syahwat.
"Sengatan beberapa ekor kala atas tubuh-tubuh yang luka lebih enteng dari sengatan syahwat-syahwat atas hati yang meghadap kepada Allah"

Allah mewahyukan kepada Nabi Daud:
"Hendaklah engkau berikan peringatan kepada kaum engkau tentang bahaya seluruh syahwat kerana segala hati yang bergantung dengan segala syahwat keduniaan berarti akal orangnya terdinding, lagi jauh daripadaKU"

Jika kita tidak mampu menghalau serangan nafsu setelah mengamalkan beberapa macam zikir. Mohon kepada Tuan nafsu itu agar ia mengalangnya. Mohonlah dengan berkat solawat. Setiap doa tak kan naik tanpa didahulukan dengan solawat.

Kalau masih tak berjaya juga mohonlah kepada murysid kita agar dia scan balik diri kita dan lihat dimana silapnya. Kadang-kadang kita ada tersilap dengan guru sikit aje. Waridah dah hilang. Dengarlah segala nasihat dan petuanya. Kalau zaman dulu siap jadi hamba pada guru lagi. Jika guru suruh pergi minta sedekah terpaksalah pergi. Zaman sekarang tak tahu lak pulak. Zaman sekarang orang dah terlalu cerdik. Bila minta pengorbanan sedikit dah kata guru ambil kesempatan. Sedangkan kita tidah tahu apa hikmah disebaliknya.

Ada bermacam-macam kaedah untuk menyucikan diri.
Ada secara zikir mengikut pengajian suluk tariqat masing-masing.
Ada secara tahali dan takhali.
Ada dengan cara berbakti.

Macam orang yang sudah mempunyai jawatan tiba-tiba hilang kerja, maka mohonlah bersungguh-sungguh agar dikembalikan jawatan tu. Kita hilang jawatan mungkin kita ada buat silap. Ataupun orang tengah sihat tiba-tiba jatuh sakit. Puas berubat tak sembuh-sembuh .Janganlah putus asa mungkin belum sampai masanya lagi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Sekurang-kurangnya kita tahu kita berada di dalam ujian tuhan dan tidak kufur dengan nikmatnya yang tidak terbatas.

Yang penting kita mesti berwuduk zahir dan batin sebelum menghadap kepadaNya.

Peri pentingnya memahami peranan dan pengertian salasilah sebelum dan sesudah menghayati sesuatu Tariqat

[ihsan oleh Fakir Amal (al naqsyabandi) ]

Bila di sebut Tariqat maka Mursyid adalah perkara yang amat mustahak. Tariqat ialah perjalanan menuju Allah Ta’ala manakala mursyid lah yang memimpinnya ke arah tujuannya itu. Kalau Tariqat di ibaratkan sebagai sampan manakala Mursyid pula di ibaratkan sebagai nakhodanya yang memimpin haluan sampan tersebut. Kedudukan Mursyid di dalam sesebuah jamaah tariqat tidak keterlaluan faqir katakan adalah ibarat nyawa bagi sebuah jasad. Tidak hairanlah ada ahli sufi yang berpendapat : “Rahsianya(intipati perjalanan tariqat) itu adalah pada masya’ih bukannya pada zikir”. Dan berkata Syeikh Tajaldin Naqsyabandi dan perkataan ulama-ulama sufi yang lain juga ada menyatakan senada dengannya iaitu : “Barang siapa tiada baginya syeikh(guru mursyid) maka syaitanlah syeikhnya”. Perkataan di atas merujuk kepada guru kerohanian iaini yang menjalani jalan tariqat keruhanian.

Kepentingan mursyid di dalam perjalanan keruhanian juga samalah dengan orang yang menunjuk jalan dan sudah mahir dengan perjalanan itu memimpin jalan bagi orang yang belum pernah berjalan ke destinasi tersebut bahkan tiada tahu seluk beluknya maka mengikuti arahannya serta mempercayainya adalah suatu kemestian. Maka dalam menentukan keabsahan dan keesahan terhadap kepakarannya dalam seluk-beluk perjalanan amat mustahak di teliti supaya terselamat daripada bahaya kesesatan samada bagi pihak pengikut mahupun dirinya sendiri.

Dalam menentukan keesahan atau kebenaran seseorang mursyid mengikut adab syariat dan adab tariqat terdapat beberapa perkara pokok. Cuma yang ingin faqir ketengahkan ialah peranan salasilah tariqat kerana ianya sering dilupai oleh kebanyakkan orang mungkin di kaburi atau dilupai oleh cerita-cerita kiramah seseorang yang dianggap mursyid itu atau terlalu terpengaruh dengan rupa atau cerita wara’ atau kealiman dan sebagainya. Bukan faqir maksudkan wara’ dan alim itu tidak penting ianya juga penting tetapi yang paling kurang di lihat dan di teliti ialah tentang sanad salasilah Tariqat guru tersebut.

Banyak peristiwa pincang yang berlaku dalam sesuatu jamaah Tariqat sebenarnya berpunca daripada masalah ini. Kebanyakkan ahli tariqat yang faqir jumpa juga sering meringan-ringankan perkara ini. Faqir kurang pasti mengapa tetapi yang nyatanya dari sebab ini lah berlaku perselisihan , perpecahan , penyelewengan , dakwa mendakwa.Dan timbul –lah persoalan iktiraf dan tidak iktiraf dan akhirnya menjurus kepada persoalan mencari ganti syeikh yang tak habis-habis di persoalkan siapa pengganti sebenar ? Ianya juga berpunca dari masalah kejahilan dan masalah mazmumah di dalam hati yang belum selesai dan syaitan memang suka mengocah persoalan ini agar hancur organisasi sesebuah jamaah Tariqat. Sebab itu faqir mengingatkan diri faqir sendiri dan semua sahabat-sahabat faqir di sini (BSC) agar di tentukan susur galur salasilah Tariqat sebelum mahupun sesudah menghayati sesuatu amalan tariqat.

Faqir berpendapat mungkin seseorang yang ingin bertariqat mungkin kurang di dedahkan atau tak tahu menahu kepentingan peranan salasilah. Sedangkan berguru tariqat yang tidak bersambung salasilahnya dengan ulama-ulama asalnya sehingga bersambung dengan Rasulullah s.a.w. hukumnya haram kerana terputus wasilah dalam menyampaikan matlamat.Sebab itu bukan mudah untuk kita berguru dengan seseorang kecuali telah di buktikan bahawa guru yang kita anggap sebagai guru itu memiliki sanad salasilah tariqat yang mutashil(bersambung) sehingga Rasulullah s.a.w. di samping kita melihat kepada faktor-faktor lain yang selari dengan adab syariat dan adab tariqat.

Apakah yang di maksudkan dengan salasilah tariqat dan mengapa salasilah tariqat itu penting ?
Seseorang yang di anggap mursyid ialah seseorang yang telah berguru sebelumnya dengan gurunya terdahulu dan sehinggalah bersusun sampailah kepada tabi’in kepada sahabat dan akhirnya bertemu kepada Rasulullah s.a.w. dan mestilah di dokumenkan dalam bentuk bertulis dan di sahkan oleh gurunya yang terdahulu dengan ‘memberi izin’ bagi menjalankan atau menyebarkan tariqat tersebut serta mahsyur sanadnya mengikut adab tariqat.

Salasilah ini penting kerana beberapa sebab iaitu :
i. bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya’ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana’fillah dan baqo’billah).

ii. Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid (pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa’sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu’) bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya.
Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.

iii. Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat.

iv. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran darihal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal .


Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam kitabnya Dhiya’ul Iman :
“Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura’an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan”.

2. Katanya lagi :
“ Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai’ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya’ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya”.

3. Berkata Syeikh Amin Al Kurdi dalam kitab Dhiya’ul Iman fi Thariqah Ar Rahman pada membicarakan kepentingan salsilah iaitu:
“Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai’ah dan ijazah daripadanya”.

4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam kitab Madarijus Salikin :
“Hei para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat) ,maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan(di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar”.

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya’ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani iaini benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta’ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.


5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar :
“Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah(ahli tarikan bathin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan bathin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid’ah”. Ini menunjukkan ‘karan’ atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat.

6. Kata Syeikh Abdul Qadir Al - Jilani lagi :
“Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Bathinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang – orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya”.

Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan bathinnya mengikut jalur suluk (yaknii perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bereti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang bathil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zuk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberi kan rasa zuk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan bathinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam.


Rumusan

Justru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat’ maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya’ iaitu :
1. Mursyid berkait dengan
2. salasilah dan keizinan berkait dengan
3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan
4. adab-adab berkait dengan
5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan
6. muraqabah dan musyahadah terhadapNya

Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat’. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di bathinkan iaini tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan. Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari.

Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu ;terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ? Sebab itu kata Ulama sufi : “Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta’ala dengan makrifat sebenarnya)”. Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta’ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya.

06 Mei 2010

20.Rabitah dan Wasilah

Ringkasan Tazkirah oleh Syaahil Hamid Ramadhan

- Dalam Islam pokok ilmu yang besar ada tiga, dalam Kitab Matan Ghurbiyah:
o wata ‘alliman ilman as sahih tho ‘a tan iaitu ilmu yang mengesahkan taat. namanya ilmu feqah / ilmu syariat. Ada 5 rubu’ / cabang, iaitu:
a. ilmu bab taharah (bersuci)
b. ilmu bab ibadah
c. ilmu bab munakahad (nikah-kahwin)
d. ilmu bab muamalat (jual-beli)
e. ilmu bab siasah (pemerintahan negara)
o ilmu aqidah = wa ‘aqi datan. Dalam bab ini terbahagi kepada dua. kemudian dipecah kepada tiga. semua ada 5 bahagian.
o ilmu yang dibangsakan kepada gonyoh hati yakni menyucikan hati kepada bersih hati. Ada 4 rubu’ / cabang. 2 cabang fardhu ain dan 2 cabang fardhu kifayah.

- ilmu yang mengesahkan taat iaitu ilmu feqah / ilmu syariat. kita nak buat amal biar amal yang sah. buat amal banyak tapi tak sah tak guna sikitpun.
- Sebelum belajar ilmu taharah (bab bersuci) kena faham tentang air (air mutlak, air musyammas, air mustakmal, air mutanajjis). kena kenal najis – najis dan kenal hadas supaya tak lekat supaya buat ibadah sah taat. kena faham tentang tayammum.
- dalam bab ilmu ibadah. kena kenal sembahyang, puasa, zakat dan haji untuk kita buat ibadah. takut terjatuh dalam bab bida ‘ah dhola lah dan bida ‘ah karohah.

o Bida ‘ah Dhola lah iaitu kita tambah satu ibadah sama ada sunat atau wajib yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW, tidak dibuat oleh para sahabat dan tidak dibuat oleh ulama – ulama muktabar. Kerana ianya akan menjadi syirik / kufur, terkeluar dari Islam jadi sesat, jadi zindik. Sama ada menambah yang bukan wajib jadi wajib bukan asalnya daripada kaedah feqahnya atau kita kurangkan yang wajib menjadi tidak wajib.

o Bida ‘ah Karohah pula kita memberatkan yang ringan daripada yang wajib atau yang ringan daripada yang lebih berat. Misalnya: hari ni Jumaat. kita awal ke masjid, lepas solat tahyatul masjid kemudian tok bilal azan, kita pun bangun buat sunat sebelum jumaat 2 rakaat. Lepas solat jumaat, oleh sebab ada hal / kerja maka terus balik rumah tak buat sunat selepas solat fardhu jumaat. Hukumnya bida ‘ah karohah, sebab solat sunat sebelum jumaat hukumnya ghoirul muakkad tetapi solat sunat selepas fardhu jumaat itu hukumnya sunat muakkadah. Begitulah juga dalam solat maghrib. Ini hak kita kena kenal dalam bab ibadah.

- dalam bab munakahad. kadang – kadang kita belajar ilmu nak menikah tetapi tak belajar ilmu tentang bab cerai dan ilmu sebab jatuh talak.
o contohnya: kita menyerupakan anggota tubuh isteri kita dengan mak kita atau dengan mahram kita, dengan adik / kakak kita. Maka jatuh hukum zihar dan kita kena puasa 60hari berturut – turut atau beri makan 60 orang.
o Contoh: kita pergi dengar ceramah. dalam ceramah tu kita dengar orang ni kata orang tu kafir dan orang tu kata orang ni kafir. kitapun kata: serupa mamak tu kafir. Dalam kita tak sedar jatuh dah Islam kita. Maka jatuh talak isteri kita, kita tak tersedar. Apabila kita murtad maka tertolaklah isteri kita secara tak sedar. kita balik rumah, kita buat macam biasa jugak, macam isteri kita lagi. Lepas tu keluar anak – anak macam mat rempit, bohsia dll (yang tidak baik perangai / tingkahlaku). Kita dok marah kepada mereka tapi tidak sedar punca dari kita. Kita melahirkan orang – orang ini dengan cara yang tidak betul. Hal ini berlaku sejak 1983 dan berlaku hingga hari ini. Masalah mengkafirkan jiran berlaku sejak 1983 sehingga ke hari ini. kita tak sedar sebab itu habis punah ranah masyarakat.
- dalam bab lian. bab elat. kita kena belajar dalam bab ilmu munakahad ni.

- Lepas tu kita kena tahu bab muamalat (jual-beli). kena tahu cara – cara nak berniaga. cara – cara nak membeli barang.
o dalam mazhab shafi ‘ie, kena tahu hukum jual-beli ada 5 perkara. bukan boleh suruh budak – budak kecil, hukumnya riba’. kena pula membeli yang tidak ada akad jual-beli. kita marah ke riba’ tetapi hari-hari kita terlibat dengan riba’. Lihat di dalam Kitab Mutlo ‘al Badri.

- Lepas tu baru cerita bab ilmu siasah yakni bab pemerintahan negara. Dalam pemerintahan negara pertama sekali kita kena faham kaedah ekonomi, ketenteraan, keselamatan dalam negara, hukum jenayah, hukum hudud, hukum qisas dan hukum takzir. ilmu ni biasanya pemimpin je kena faham sebab ilmu ni ilmu fardhu kifayah.

- Itulah dia: wata ‘alliman ilman as-sahih tho ‘atan iaitu hendaklah kamu tuntut ilmu yang mengesahkan taat. Bermula dari situ kena lihat dulu, yang aku nak buat / nak dengar / nak bercakap ni hukumnya apa dia ? wajib ke, sunat ke, harus ke, makruh ke, haram ke ? Bila orang dah baligh dia tak boleh lari dari hukum syara’ tersebut itu. Tidak sempurna hukum syara’ tersebut melainkan ada syara’ wadho ‘i nama dia iaitu syarat, sebab, mani’, sah dan batal.

o contohnya: sembahyang isya’ hukumnya wajib. kemudian datang uzur bagi perempuan, atau bagi laki-laki mari mani’ misalnya kena tahi cicak. boleh sembahyang atau tidak ? jawabnya tak boleh buat sembahyang sebab ada mani’ walaupun hukum asalnya wajib, kena tengok dulu hukum wadho ‘i. Maka nak sembahyang, yang perempuan kena bersuci dulu, kena mandi hadas dulu. yang laki-laki pula kena basuh dulu tahi cicak ataupun ambik wudhu’ semula.

- Dalam bab ilmu aqidah = wa ‘aqi datan. Dalam bab aqidah tambatan diri kita dengan Allah SWT dengan ilmu untuk kita bezakan antara makhluk dengan tuhan. Kita boleh kenal dan kita boleh beza dengan Tuhan. Ini kita panggil ilmu akal supaya kita dapat beza yang mana makhluk dan yang mana Tuhan supaya kita tidak sembah makhluk.

o apa makna Tuhan ? Maknanya: terkaya ia daripada barang yang lainnya dan berkehendak barang yang lainnya kepadaNya (yakni Tuhan).

o Syarat nak kenal Tuhan ke tidak, kena ada 3 ciri. Pertama: dia jadikan alam ni tak pakai alat (wasitah). Kedua: jadikan alam ini tak ambil faedah daripada dia (yakni alam). Ketiga: harus dia menjadikan alam. dia nak jadi boleh, dia tak nak jadi pun boleh. tidak ikut kehendak kita. Tidak ada sangkutpun apa yang kita minta dengan apa yang Tuhan nak beri. tak boleh kata, sebab aku minta rm10 maka Tuhan beri ke aku rm10 misalnya. Tetapi kenapa kita minta jugak ? sebab tugas kita sebagai hamba, meminta.

o Nak jadi hamba ni kena ada 3 perkara: pertama: teguh cita – cita, kedua: ada rangkaian doa, ketiga: ada ikhtiar-usaha. Tidak boleh buang salah satu apabila dia tu bergelar hamba.

- wamuqostia qolbi hai tsu lat iaitu ilmu yang dibangsakan kepada gonyoh hati kepada bersih. Macam kitalah, kalu nak basuh baju tak boleh guna arang walaupun arang boleh guna untuk gonyoh gigi. ilmu ke-3 ini ilmu untuk membersihkan hati, ada 4 rubu’ / cabang. 2 fardhu ain dan 2 fardhu kifayah.

- Fardhu ain. Pertamanya kita kena kenal jahat hati. Sebelum kenal jahat hati kena kenal punca terbit jahat. Punca terbit jahat itu daripada darah yang bercampur iblis. Punca darah bercampur iblis pasal tok nenek kita terima ilmu secara bersyarat.

o ciri – ciri ilmu bersyarat. manusia nak jadi raja / panglima / pendekar / hulubalang / tok mudim / tok pawang (jaga kawasan) / tok bomoh (umum) / tok dukun (khusus)
- ilmu bersyarat kerana terlibat perjanjian dengan jin sama ada jin kafir, jin fasik atau jin islam. Dalam bab aqidah semuanya ini termasuk dalam syirik.

- Penyakit yang paling lekeh apabila terlibat dengan jin ini ialah buruk sangka. Ini penyakit yang terbit dari saka-baka. Orang lain dak kena belaka, kita sorang je yang kena. tok gurupun kita kata dok kena jangankan anak murid. dok berdengki sesama sendiri. dok cemburu dak tentu pasal. inilah masalah dalam masyarakat.

o kalau ada 5% maka kalau tok guru, dia akan kata tok guru lain dok betul belaka. kalau ustaz gitu jugak. kalau tok bomoh gitu jugak. kalau engineer pun gitu jugak. dia sorang je yang betul, orang lain dak betul belaka.

o kalau ada 25% kuat maka dia akan jadi panas baran. lambat tersalah, nak pukul saja. jadi garang. masa baik, baik sangat. kalau mari marah sampai tak sedar ke diri. kalau pukul anak dak sedar rotan di tangan.

o kalau ada 50% kuat maka dia akan jadi serupa tok atau keturunan yang dulu. tidak belajar tetapi pandai. tidak belajar silat boleh bersilat. tidak belajar bomoh tetapi boleh bomoh (berubat orang). tidak belajarpun. dulu gitu sekarang ni pun gitu jugak tetapi pandai.

o kalau ada 75% kuat maka (kebiasaannya) anak cacat. antaranya penyakit down sindrom, cuba tengok lah.. Paling kurang anak dia exzyma atau cacat.

o kalau ada 100% kuat maka kalau isteri mengandung 9 bulan, tiba – tiba kita bermimpi orang nak mari ambik anak. mimpi tok guru / tok kenali datang ambil anak, selepas itu anak dalam kandungan hilang. Ada 5 bulan / 6 bulan mengandung tapi anak tiba – tiba hilang. tak ada di dalam perut. Kalu ada penyakit ni jadi wajib berubat sebab telah jatuh rosak aqidah, rosak syariat dan rosak akhlak. Kena berkira bab berubat dulu !

- Buang dulu segala sifat tercela (mazmumah). Nak buang macam mana ? Jangan bagi ada sedikitpun. dan kemudian diganti dengan sifat terpuji (mahmudah).

- Selepas daripada itu barulah boleh kita cerita bab maqam dan martabat. Barulah boleh cerita pasal murabbi. barulah boleh cerita pasal rabitoh dan wasilah.
- kini orang panggil ustaz. orang panggil tok guru atau orang panggil kiai. tetapi sebelum 700 tahun diperintah oleh penjajah orang panggil murabbi.

o murabbi maksudnya pendidik rohani dan jasmani seorang guru kepada murid. atau ada jugak orang panggil muaddi iaitu orang yang mentarbiyah murid dia supaya beradab. ataupun ada orang panggil ahli rabbani iaitu orang yang menjadi wakil Allah untuk memperkenalkan Allah kepada manusia dan menjadi wakil manusia untuk membawa manusia kepada Allah. sesuai dengan firman Allah Taala: duribat ‘alaihi zillatu ainama tsu qi fu bi hablin minallah wa hablin minannas. ataupun orang panggil ‘mursyid’.

o Allah SWT kata ‘celaka’ kepada orang yang tidak ada hubungan dengan Dia dan tidak ada hubungan dengan manusia. Yakni hubungan dengan manusia untuk mengajak mengenal manusia kepada Allah Taala. iaitu orang – orang mukmin yang mengajak manusia kepada Allah.

o Sesungguhnya, Allah Taala menjadikan manusia 2 derajat. Pertama: Allah jadi manusia sebagai sebaik – baik kejadian (ah sani taq wim) yakni martabat. Kedua: Allah jadikan manusia sebagai sejahat – jahat kejadian, lebih jahat daripada tumbuh-tumbuhan, tanah, binatang yakni martabat manusia ini.

Kesimpulan: Oleh kerana kita nak jadi baik maka kita kena cari murabbi.

- Orang nilah yang kita akan jadikan sebagai rabitoh dan wasilah. makna Rabitoh dari perkataan robtun yakni tempat kita tambat diri kita untuk sampai kepada Allah.

o Pada suatu hari Syeh Daud Fatani tengah gobek sirih. Hebatnya Syeh Daud ni dia mengajar tak pakai kitab tetapi dia boleh tahu muka surat berapa, perenggan berapa. Antara kitab karangan beliau ialah Kitab Minyatul Musalli, yang mana dia pakai jari telunjuk dia untuk mengarang. cahaya dia dari kuku dia, dakwat dia keluar dari jari telunjuk dia. Raja Melayu pada masa itu tak berapa yakin dengan kitab dia tu. Maka dia masuk ke bilik Syeh Daud di Mekah, dia tengah mengarang kitab pakai jari telunjuk je. ada ke orang masa ni, boleh buat begitu ? Sebab itu tok guru dulu, dah meninggal beratus tahun tetapi kitab dia masih orang menadah (mengajar-belajar). Inilah contoh murabbi, Syeh Daud Fatani orang yang jadi pendidik.

- Apabila kita nak mengaji satu – satu bab dalam ilmu agama ni dia ada ma badi 10. Kena tanya 10 perkara dulu. kena ada tok guru. baru tak terbabas
o Istilah. kena tahu makna Rabitoh. makna dari segi syara’ dan makna dari segi bahasa.
o Hukum belajar tu apa dia ? wajib / sunat / harus / makruh / haram.
Rabitoh itu adalah guru dan wasilah itu martabat pada guru.
dari segi bahasa, Rabitoh ialah tempat kita tambat diri kita untuk belajar. belajar tengok, belajar cakap dan belajar ikut. dan belajar yang paling hebat ialah aku dengar dan aku nak ikut (patuh / taat).
wasilah pula martabat. sampai tak kepada Allah ?

o Zaman Rasulullah. ada seorang sahabat jumpa dengan Rasulullah SAW nak ganti Bilal azan. Saidina Bilal bin Rabah ni orang kulit hitam – orang arab badwi. “Ya Rasulullah boleh dak aku nak ganti satu waktu dalam sehari”. Rasulullah kata tak boleh. tak apalah, boleh dak satu kali je seminggu. Rasulullah kata tak boleh. sebulan sekali. Rasulullah kata tak boleh. setahun sekali. Rasulullah kata tak boleh. Ya Rasulullah, zaman mu ni. aku nak ganti Bilal sekali je seumur hidup. Rasulullah kata tak apalah. lalu dipanggil Bilal. Bilal subuh nanti berilah kepada dia ni untuk azan”. ni cerita sahabat Rasulullah.

o Ditanya murid kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani, “apa bandingan tuan syeikh dengan Rasulullah SAW dan apa pula bandingan dengan sahabat Rasulullah SAW”. Jawab syeikh: “Bandingan aku dengan Rasulullah SAW, kalau Rasulullah SAW itu Bukit Uhud aku ni debu di kaki Bukit Uhud. Itu Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani yang boleh kata: “qodami ha za ‘ala roqobatin kulli waliyyin” iaitu setiap batang tengkuk para wali duduk di bawah tapak kaki dia belaka. Ulama’ – ulama’ sufi terjemah semua wali dari zaman Nabi Adam sampai kiamat, semua wali duduk di bawah kaki Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani belaka. Lihat di dalam Kitab Yaqozah karangan Syeikh Ahmad Tijani. Doh bandingan mu dengan sahabat. Kalau sahabat itu kuda, aku ni debu di kaki kuda.

o Yang nak azan ni sahabat. Sahabat yang seangkatan dengan Bilal. Orang yang berkorban yang tak ada bandingan dengan kita ni. Lalu tiba waktu subuh, diapun azan. semua orang puji sedap. orangpun ramai – ramai sembahyang subuh di masjid Nabawi. Jadi bila dah sudah selesai sembahyang semua sekali. Jibrailpun turun. “Ya Muhamad, kenapa mu dak sembahyang subuh lagi hari ni”. Rasulullah SAW kata habis dah kita sembahyang. Lalu kata Jibrail, kenapa azan dok dengar di langit ? Azan sahabat tadi hebat tu tak dengar di langit. tu sahabat azan. kalu kita ?

Nak hebat macam mana ? Kalau ada satu kalam terbit dari lidah kita, pada hari itu mengumpat (cerita aib saudara kita – cerita yang betul). amalan kita tidak naik ke langit. sampai langit pertama, penjaga pintu langit dah lontar ke bawah.

Macam tupun (sahabat tadi) tidak masuk dalam kalangan yang dimuliakan di langit !

- Tok guru yang kita nak cari, tok guru yang boleh beri semua benda. macam mak beranak ke kita, ada dia beranak sikit – sikit. tangan dulu, lepas tu lengan... atau masa akad nikah, boleh akad nikah sikit – sikit. misalnya nikah pipi je dulu.. ataupun kita dapat masuk universiti. boleh kita hantar kepala dulu, tubuh tak payah lagi... boleh ?

- Kita nak cari tok guru yang boleh beri satu benda yang ada belaka di dalamnya tu. agak – agak benda apa ? Dalam satu benda, ada belaka yang lain – lain. contoh: kalu beri sembahyang, ada puasa dalam tu ? atau tak payah sembahyang dah pasal dah ada puasa, boleh ?

o Kena cari tok guru yang boleh beri belaka. semua benda. ada ratib, ada wirid dan lain – lain lagi dan ada tuntutan ibadah iaitu ada sembahyang, ada puasa, ada zakat, ada haji. ada tuntutan jihadu bil mal dan ada jihadu bin nafs.

o Sebab Allah jadikan kita ni sebab kita sanggup terima tuntutan. Dalam hadis qudsi: Allah Taala mempelawa kepada Nabi Adam, mu nak dak agama ? Bukan Allah Taala paksa terima agama. Nabi Adam kata kalau aku terima agama ni aku boleh apa ? Lalu Allah Taala berfirman kalau mu buat baik mu boleh syurga, kalau buat jahat mu boleh neraka. Nabi Adam dak nampak neraka pasal dia duduk di syurga dah. Adam kata kalau boleh syurga aku nak lah. Nabi Adam ni alhamdulillah belaka, buat baik alhamdulillah. buat jahatpun alhamdulillah sebab dia berasal daripada syurga. Orang dalam syurga semua syukur. semua alhamdulillah. Maka diapun terimalah agama.

o Tetapi sayang. Kita ni terima doh amanah agama kemudian kita kufur pulak (bila menjalani hidup dan kehidupan dunia). Maka sebab itulah kita kena cari Rabitoh dan wasilah yang akan membawa kita balik kepada Allah SWT. “Hendaklah kamu beserta dengan Allah. Kalau kamu tidak boleh beserta dengan Allah hendaklah kamu beserta dengan orang yang beserta dengan Allah, nescaya dia akan bawa kamu kepadaNya”. Itu sebab kena cari Rabitoh dan wasilah supaya ditarbiyah ikut yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.

Rabitoh tempat kita terima agama.
Jadi perhimpunan segala juzuk – juzuk alam dan seisinya (terhimpun madah makni alam dan seisinya) berada pada Dua Kalimah Syahadah. sebab itu kena terima bai ‘ah kalimah syahadah.

Mari sama – sama kita terima ijab dan kabul Dua Kalimah Syahadah, cara memfardhu agama ke atas diri. Terima secara musyafahah dan talaqqi. Itu adalah suatu tuntutan dalam agama.

Dalil Rabitoh. Surah Al Imran, ayat 200. Mafhumnya: “Hai orang yang beriman sabarlah oleh sekalian kau dan sentiasalah kamu bersifat sabar dan rabitahkanlah oleh sekalian kamu dan peliharalah oleh sekalian kamu akan hukum Allah yang Allah taqlifkan ke atas kamu mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat”.

Dalil Wasilah. Surah A Maidah, ayat 35. Mafhumnya: “Hai orang – orang yang beriman peliharalah oleh sekalian kamu akan hukum Allah yang Allah taqlifkan ke atas kamu dan ambil oleh sekalian kamu akan wasilah kepadaNya dan bersungguh – sungguhlah kamu pada jalannya mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.

Rabitoh dan wasilah ini tidak ada ulama muktabar yang tak buat melainkan buat belaka. sebagai contoh di kalangan ulama Islam: Syeikh Husin Ahmad Ad Dussairi, Maulana Muhammad Zakaria Al Khandahlawi, Sheikh Al Islam Al Madani, Sheikh Ibrahim Hilmi Al Qhadiri, Sheikh Abdul Samad Al Palembani, Sheikh Daud Al Fatani, Sheikh Muhammad Bin Abdullah Al Khalidi, Sheikh Abu Al Qhosim Al Junaidi Al Baghdadi, Sheikh Ibrahim Ad Dasuki r.a., Sheikh Ibnu Abi Daud Al Hanbali, As Syahid Hassan Al Bana.

Contoh dikalangan ulama sufi: Al Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah, Al Imam Al Ghazali Rahimullah, Sheikh Tajuddin Ibnu ‘Atoillah Al Iskandar.

o Faedah Rabitoh dan wasilah ni antaranya kita terhindar dari buat maksiat yakni terhindar daripada maksiat dan terasa nak buat maksiat. Berasa nak buat. semua orang begitu, tetapi janganlah buat maksiat. Rabitoh dan wasilah mengukuhkan cita – cita nak buat baik dan melaksana baik dan cita – cita nak tolak jahat dan tidak buat jahat.

wallahu alam.
Sekian.

19. Menuntut Ilmu Wajib... mencari guru wajib... selamatkan diri dunia-akhirat.

Risalah Tarbiyyah - Pesanan oleh Tuan Guru Hj Ahmad Junaidin YDP ABJAD Malaysia dan Hj Idris Muhamud, TYDP ABJAD Malaysia .

- Program Tarbiyyah dan Tarbiyyah matlamat menjadikan agama Islam satu persediaan dan jaminan dalam hidup dan kehidupan kita, menepati kehendak yang sebenar bagi manusia di atas muka bumi yang di khitob oleh Allah SWT untuk beribadah kepadaNya – milik memerintah memenuhi langit dan bumi mengambil manfaat dengan dia sebagaimana ditetapkan oleh Allah SWT. Maka untuk itu diadakan program tarbiyyah dan tazkirah tujuan tidak lain supaya dapat menyempurnakan tanggungjawab ibadah kepada Allah Taala dalam hidup dan kehidupan di muka bumi ini sebagai khalifah Allah.

- Yang menjadikan manusia penuh pancaroba pasal satu masalah tak sempurna iaitu apabila yang kita hajati tak dapat. Bila sudah dapat apa yang dihajati maka selesai masalah. Hal ini tidak selesai melainkan kena balik pada kehendak asal.
- Nak jadi manusia tidak kena buat sendiri. manusia dijadikan oleh Allah Taala. manusia kena mengaku yang dia nya barang kena jadi. Bila mengaku je, sudah cukup taklif mukallaf. sebab tahu dia kena jadi, tidak boleh buat sendiri pada gerak dan diam melainkan kena ikut acuan yang menjadikan dia. Kehendak dia itu (kena ikut acuan).

- untuk menyempurnakan kehendak itu secara berhak kena milik ilmu Allah, agama Allah dan hidayah Allah. Sebab itu ikut (patuh dan taat) apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW “apa – apa yang dibawa oleh suruhan Nabi SAW kepada kamu maka kamu terima dan amal, apa – apa tegahan dan larangan, kamu patuhi”. Inilah asas permulaan dalam pekerjaan agama. Yakni tunduk patuh kepada perintah Allah Taala. untuk paksa diri kita, kena ikut panduan dan pimpinan, kena ada ‘murabbi’.

- mukallaf yang menerima hukum Allah yang Allah hantar kepada setiap mukallaf melalui lidah Rasulullah SAW. Murabbi yang pertama iaitu saiyyidul ulul adzmi iaitulah Rasulullah SAW. kemudian kepada saidina Ali karramallahu wajhah, kemudian (terakhir) kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (sultan auliya’).

- mursyid dan murabbi tugasnya membimbing dan memberi pesanan – pesanan yang benar untuk mendapatkan kerja asal yang jadi tujuan di atas muka bumi ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW yang mendapat setinggi – tinggi darjat hamba iaitulah asro bi’abdihi. WAJIB kita jaga peluang ini dan jangan lepas talian hamba kepada Allah SWT kerana ini salah !

- Azazil laknatullah tidak dapat darjat hamba kerana: pertama, besar diri; kedua: tidak amanah; ketiga: tidak sanggup melaksana apa yang diperintah. Kerjanya menipu dan tipu orang. Jika ada manusia yang begitu maka manusia itu pada hakikatnya membuat kerja yang mengikut telunjuk Azazil laknatullah. Untuk keluar daripada itu kena jadi murid kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani.

- Kata Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani: puak – puak manusia yang berada dalam golongan an amta ‘alaihim maka akhlak dan urusan dalam hidup dan kehidupan mendapat kasih – sayang Allah SWT. Beroleh petunjuk hati dan petunjuk hidayah Allah SWT. Kesian kerana nak baik tetapi terima baik adalah urusan Allah SWT.
- Untuk menuju ke dalam lautan kasih – sayang Allah SWT kena jaga: (pertama) ilmu dan amal yang kita nak; (kedua) latihan dan tarbiyyah; (ketiga) guru yang latih kita tu. Tidak mengambil ilmu daripada orang yang tiada tarbiyyah dan ilmu itu pula tidak diambil daripada orang bukan ahli.

- Nilaian pada Allah terima, baru kita boleh pakai.
- Ilmu dan amal yang mursyid beri yang benar sebagaimana Allah dan Rasul nak. Ikatan lidah dan hati kita. Mursyid lagi murabbi yang boleh mentarbiyyah, mendidik lidah, anggota dan hati menjadi murni macam dimiliki oleh orang yang mentarbiyyah itu.

- Agong mursyid dan agong murabbi ialah Rasulullah SAW.
- Sebesar – besar sahabat yang diangkat jadi mursyid dan murabbi untuk menyampai ilmu dan amal kepada manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul ialah Saidina Ali Karramallahu wajhah.
- Sebesar – besar manusia, ahli bait yang diangkat menjadi pengganti mursyid dan murabbi ialah Syed Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani yang berada di antara dua zaman iaitu zaman salaf (zaman kurun sahabat) dan zaman khalaf (kurun belakang – selepas sahabat hingga kiamat).

- jadilah murid yang ambil Allah sebagai wali dalam ubudiyyah dan minta tolong (dalam semua masa, tempat dan keadaan). murid yang dapat berhubung kukuh dengan murabbi dari segi emosi dan kasih sayang yang sungguh – sungguh.

- alyau ma akmal tulakum di nakum, wa at mamtu alaikum ni’ mati, wa rodhi tulakumul islam midina. mafhumnya: Islam / ad-din yang ada pada Nabi SAW yang kamu dan umat kamu berada di dalamnya, yang sudah sempurna yang tidak boleh ditokok tambah oleh sesuatu yang lain, yang sudah lengkap (complete). meliputi berita dari langit dah sempurna penuh dengan 6,666 ayat (yang diturunkan). Perkataan dan perbuatan Nabi SAW juga telah sempurna menghurai makna – makni al – Quran. Maka jadilah ahli – ahlinya !


---------------
Mudah - mudahan.. pesanan yang sedikit ini memberi noktah pemula untuk bergerak secara lebih yakin dan terjamin.. janganlah buat mudah dengan urusan agama... jika nakkan ijazah ambil masa bertahun.. jika nakkan kerjaya ambil masa bertahun.. jika nakkan agama tidak cukup belajar masa sekolah rendah-menengah-universiti secara ala kadar..

Yang berada di bidang agama sendiripun terbabas.. yang telah menjadi tokoh masyarakat.. dikenali.. diikuti.. dicontohi.. pun tersalah apakah kita yang tidak belajar agama setinggi mana... mungkin 'perukonan melayu' pun dak khatam..

carilah tempat bergantung yang cukup-cukup kuat dan sahih.. dijamin dan terjamin.. kita buatlah apa yang terdaya setakat kemampuan.. insyaAllah adalah Rahmat dan Berkat dariNya..

Jangan terlalu ikutkan perasaan sehingga hilang pertimbangan waras.. menjadikan idola seseorang sehingga lupa Nabi SAW itu lebih patut dijadikan idola... Saidina Ali Karramallahuwajhah lebih patut dijadikan idola.. sultan wali syeikh muhyiddin abdul qodir al jilani itu lebih patut dijadikan idola.. murrabbi yang telah disahkan.. telah hidup berjaya di alam sana... tiada satu pun jalan tariqah di atas muka bumi ini yang tidak ditashih oleh sultan wali syeikh muhyiddin abdul qadir al jilani. amallah tariqah yang benar tetapi jangan terlalu taksub pada jalannya sahaja..

Marilah berfikir dan bermohon.. bermunajat kepada Allah Taala agar ditunjukkan kepada kita yang benar sebagai benar dan zahirkan kebenaran untuk diikuti... yang bathil sebagai bathil dan zahirkan kemusnahan untuk dijauhi.. kita bermohon dengan hati yang tulus mencari keredhaanNya maka barang pasti Allah tidak akan mengecewakan terhadap hamba yang benar - benar berhajat kepadaNya... mohon dengan Allah dengan sabar sehingga diberi petunjukNya.. barulah cari kepastian dengan orang yang ahli pada babnya. Sesungguhnya Islam itu adalah suatu jaminan.. rahmatan lil 'a lamin.

amatlah salah menghukumkan salah pada fikir kita sebelum kita teliti dan faham sungguh apa yang orang bawa atau orang amalkan.. kan lebih bijaksana bersemuka !

02 Mei 2010

18. Jabat 14

1. Titik yang pertama dijadikan Arruh ‘Ulum Azmi, Rasulullah, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa A.S.
2. Titik yang kedua dijadikan Arruh setiap Rasul, Nabi dan Jibril di atas
3. Titik yang ketiga dijadikan ruh Aulia’ yang sifat mereka seperti berikut;
a. Benar-benar ‘arif dengan Allah.
b. Sentisa di dalam keadaan taat.yang.
c. Menjauhi sesuatu menuju ke arah derhaka kepada Allah.
d. Tiada merasai keinginan sesuatu yang membawa kepada kelazatan kecuali
4. Titik yang keempat dijadikan ruh Siddiq yang menuju ke arah menjadi Syeikh yang boleh memandang ke arah batin murid yakni kehendak murid didalam hatinya.
5. Titik yang kelima dijadikan Ruhul Uzlah yang berupa di dalam keadaan latihan bagi menuju ke arah peringkat Syeikh.
6. Titik yang keenam dijadikan ruh ’Abid yang boleh berjangkit kepada masyarakat untuk menuju ke arah kehebatan yang sebenar.
7. Titik yang ketujuh dijadkan ruh Mukmin yang merupakan membawa untuk menuju ke arah pengakuan yang sebenar dan Kamil di dalam hati yakni fuad.
8. Titik yang kelapan dijadikan ruh Islam yang merupakan kesanggupan untuk melahirkan kepada masyarakat terhadap syariat Allah dan RasulNya yang diistilahkan jantung yakni Qalbu.
9. Titik yang kesembilan dijadikan ruh kafir yang berartikata perkataan yang luas.
10. Titik yang kesepuluh dijadikan matahari, bulan dan bintang untuk menyusun kebaikan dan panduan keseluruhan seisi bumi dengan secara beradat.
11. Titik yang kesebelas dijadikan binatang tyang merupakan untuk menafaat dan pemikiran yang mendorong kepada kepatuhan terhadap peraturan Allah.
12. Titik yang kedua belas dijadikan tumbuhan untuk menafaat dan pemikiran yang melogikkan kehidupan yang sempurna.
13. Titik yang ketiga belas dijadikan bumi yang merupakan kesanggupan untuk menanggung sesuatu yang ditugaskan kepadaNya.
14. . Titik yang keempat belas dijadikan bukit yang merupakan tidak berganjak kepada apa sesuatu yang diperintahkan kepadaNy

Jabat

Dari Syaahil Hamid Ramadhan
Antara Jabat2 yang di ketahui dan tidak di ketahui sebanyak bilangan Surah Di dalam Al Qur'an dan ibu kepada sekalian jabat ialah surah Al Fatihah kerana ia wajib dibaca dan dijaga oleh setiap mukallaf, manakala Ibu kepada jabat pula ialah kifiat adab atau bi kaa na maa kaana, wabi yakun na maa yakun atau titik pada menyatakan Ba' (Rujuk Kitab masalah 1000 atau kitab jawahirul mauhub karangan syeikh wan ali kutan) Namun untuk mendapatkan ini semua ialah berada pada kuncinya pulak iaitu menerima baiah 2 kalimah syahadah serentak memfardhukan agama Islam keatas diri di atas sekalian maknanya dan juzuk2 nya sebagai tapak asas di dalam menerima kebenaran dan memenifistasikan kebenaran yang dikurniakan Allah s.n.w melalui lidah, anggota dan Hati RasulNya Muhammad s.a.w. Wallhu Taala a'lam.

pada 22hb Februari pukul 7.08 pagi · Lapor

01 Mei 2010

Ulama Warasatul Anbiya

Ulama Warasatul Anbiya’ bagaikan sebuah madrasah menghimpunkan segala ilmu yang ahli pada babnya, diambil daripada kebun – kebun buah – buahannya Nabi Muhammad SAW yang diinginkan dan permata yang megah daripada lautan yang luas yang datang daripada hidayah Allah Taala iaitu amalan yang sebenar dan elok cerita ketetapan petunjuk yang diam di dalam hati orang – orang mukmin mengandungi Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan yang teguh yang terlebih kuat dan terlebih takut akan Allah Taala. Terhimpun akandia segala perkara yang berkaitan Muamalah Agama Islam berpakaian Muhyiddin, yang ambil kepada Sheikh Mahmood Nasri Othmani al-Kedahi diambil kepada gurunya Sheikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Kenali al-Kelantani, kemudian diambil kepada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Sheikh Wan Mohammad Zain bin Sheikh Wan Mustafa al-Fatani diambil kepada gurunya Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qodir Al-Jilani melalui wasitah Nabi Khidir AS yang diambil kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi asas segala ilmu dan amalan kehidupan meletakkan diri mencapai darjah Khalifah di bumi.

Ulama’ yang ahli pada babnya sentiasa mengharap dapat mempamerkan segala kekuatan serentak rohani dan jasmani yang terhimpun kepada Agama Islam menjadi asas pendirian ilmu dan amalan setiap mukallaf berlaku pada zaman khalaf tetapi serupa pada zaman salaf yang lengkap dan mampu melahir semula segala kekuatan Islam, Iman, Ihsan, Ilmu, Yakin, Lathaif, Asrar, Makrifah, Kasyaf, Muqafahah dan Karamah yang A’la serta menghias pertahanan diri mengatur kelengkapan jihad menolak setiap perkara yang menjadi punca berlaku syirik akbar dan asghar, kufur dan kekufuran sehingga dapat meruntuh, membinasa dan menghapuskan sama sekali segala kekuatan yang menjadi punca kepada pekerjaan khurafat di setiap tempat dan masa.

Seterusnya melahirkan pendekatan dakwahnya untuk mentarjihkan segala perjalanan dan mentashihkan segala amalan (pekerjaan) mereka itu semua agar kembali kepada menyempurnakan pekerjaan agama Islam pada setiap masa. Maka kami berlindung dengan Allah Taala dari i’tirodh yang serupa dengan syaitan.


Darjah Taqarrub

Mereka yang ingin menuntut darjah taqarrub pada sisi Allah Taala zahir serta batin itu hendaklah melazimi pada babnya, supaya tidak mardud (tidak dirasuk) tidak bersusah payah dengan ilmu serta amalan yang banyak – banyak dan jauh – jauh.

Memadai dengan menerima Talqin kewajipan Agama Islam ke atas dirinya dengan niat mewarisi secara berhak segala kewajipan kalimah takwa daripada Nabi Muhammad SAW atas makna sekeliannya dan juzuk – juzuknya dari mereka yang ahli pada babnya dan mengaku murid kepada Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani membenar serta mengikuti akan dia sehingga beberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun pohon diterima jadi murid baginya selama – lamanya.

Inilah martabat tertinggi salasilah yang terkuat berpegangan yang teguh dan terlebih takut akan Allah Taala ialah mengaku murid bagi murabbi Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani Qaddasallahu Sirrah seperti mana daripada wasiat Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani katanya:

“Bahawa manusia pertama yang ingin jalan dekat terunggul terselamat serta mudah menanggung beban Agama Islam menjadi hamba kepada Allah Taala setiap masa berjalan ialah Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah kerana ia meminta kepada baginda Nabi Muhammad SAW “talqin” kewajipan kalimah takwa secara berhak sebelum ia memulakan sesuatu pekerjaan Agama Islam. Baginda tidak menjawab sebaliknya menunggu wahyu dari Allah Taala. Maka datanglah Saidina Jibril AS kemudian ia talqin akan kalimah takwa sebanyak 3 kali, kemudian Baginda Rasulullah SAW mengikuti sebanyak 3 kali. Kemudian baginda Rasulullah SAW pula mendatangi kepada para sahabatnya kemudian “talqin” ia secara jamaah dan para sahabatnya mengikutinya”.

Kemudiannya Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya telah kembali kita dari jihad kecil kepada jihad yang besar”.

[Kutipan dari: Pemuda Tauhid - Himpunan Ilmu Taqarrub Ahli Tabarru' - memelihara Agama, Diri, Keturunan, Harta benda dan Negara. Diterbitkan oleh: Bahagian Penyelidikan, Tarbiyyah dan Pendidikan (Warga Melayu), Akademi Pengajian Dakwah & Ihsan Sdn. Bhd.]
Related Posts with Thumbnails