24 April 2010

14. Penyatuan Umah

ERA PERPECAHAN UMAT ISLAM DI ANTARA SALAF DAN KHALAF
Pada zaman Pemerintahan Abbasiyyah semasa Khalifah Al-Muktafi di Baghdad iaitu selepas Khalifah Harun Al-Rashid mangkat kira – kira tahun 531H (1136M) di era awalan perkembangan pesat Tamadun Intelek punca berlaku perpecahan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam yang mendukacitakan sehigga diresapi masuk pelbagai pendapat dan pengaruh di dalam pemikiran umat Islam ketika itu, lalu timbul di kalangan mereka pelbagai pendapat, pandangan sehingga berlaku perdebatan yang hebat dan yang amat dahsyat dari pelbagai golongan untuk menentukan kefahaman mengenai pendirian ilmu dan amalan yang menjadi asas kepada hidup dan kehidupan secara langsung melibatkan persoalan Aqidah, Syariat, Akhlak, Jihadu bin Nafs dan Jihadu bil Mal iaitu perkara pokok yang menjadi asas kepada tertegak Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta-benda dan Negara.

Pada zaman itu lahirlah kepercayaan yang terbit dari Para Ulama’ yang ahli pada babnya kepada apa yang dinyatakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan selagi akan tiba masanya pembahagian antara zaman Salaf dan zaman Khalaf yang memaksa Para Ulama’ yang ahli pada babnya mengadakan pertemuan (Muqabalah) menentukan semula pendirian ilmu dan amalan berdalilkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis semata – mata menyatukan aliran dan kefahaman setiap ilmu dan amalan seumpama Salaf menjadikan pegangan, pendirian satu kepercayaan dan jaminan kepada umat Islam zaman Khalaf.

Muqabalah tersebut telah menghasilkan sepakat berjaya memutuskan Ilmu Tauhid, empat aliran kefahaman Ilmu Feqah dan beberapa aliran Ilmu Akhlak atau Sufi yang muktabar yang ahli pada babnya yang Rajih serupa dengan kefahaman Salaf diterima dengan muktamad menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari Kurun ke-5 Hijrah hingga qiamat yang dipanggil kepercayaan Khalaf.

MANUSIA AGONG TERPILIH AL-GHAUSIL A’ZOM PEMBANGUN GENERASI KHALAF
Pada zaman inilah lahir Ketua Pimpinan bagi sekalian Auliya’ Illahi Taala antara Salaf dan Khalaf yang memakai pakaian kebesaran Daulah manusia Agong Terpilih bergelar “Al Ghousil A’zom” yang membawa maksud “Sultan Auliya’” umpama yang dipakaikan kepada Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Abdul Hayyi Abdul Murid Abdul Hamid Abdul Majid Muhyiddin Abdul Qodir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah.

Baginda dilahirkan di akhir zaman untuk membawa panji – panji Agong kebesaran Agama Islam berpakaian “muhyiddin” sebagai pengganti Rasulullah SAW melaksanakan penyebaran dan perkembangan ke seluruh pelosok dunia dengan mengharapkan bahawa utusannya akan dapat mempamerkan segala kekuatan dan kemuliaan yang terhimpun kepada Agama Islam serentak rohani dan jasmani yang menjadi asas pendirian ilmu dan amalannya itu berlaku pada zaman Khalaf tetapi serupa dengan zaman Salaf yang lengkap melahir semula segala kekuatan Iman, Islam, Ihsan, Ilmu, Yakin, Lathaif, Asrar, Makrifah, Kasyaf, Muqafahah dan Karamah yang A’la menjadi kelengkapan pertahanan diri mengatur persediaan jihad menolak perkara – perkara yang membawa kepada kesyirikan dan kekufuran akan Allah Taala, sehingga dapat memusnahkan, meruntuhkan, membinasakan segala kekuatan yang menjadi punca berlaku segala amalan khurafat yang mendatangkan sihir A’la, Sihir, Ihanah dan Syakwazah atau perkara-perkara yang menjadi sia-sia pada amalan hidup dan kehidupan manusia di alam ini.

Di dalam ketetapan yang dibuat oleh baginda Sultan Auliya’ pada masa itu, lalu bertindak mengutuskan utusannya atas harapan akan dapat mempamerkan segala kekuatan dan kemuliaan yang haqiqi yang terhimpun pada Agama Islam sebenar dapat menerima dan melaksanakan sepenuhnya segala perkara yang dikaitkan dengan Syariat, Tariqat dan Haqiqat berada di atas Mazhab yang Rajih : Ahli Sunnah Wal Jamaah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails