17 Ogos 2011

32. MENJADI GOLONGAN "AN 'AM TA-'ALAIHIM"

Artikel ringkas ini adalah sebagai mengambil kefahaman dari tazkirah Tuan Guru Haji Ahmad Junaiddin di Bandar Baru Bangi, Seksyen 7, 24 Jun, 2011

Oleh Pok Nik Facebook Abjad Malaysia
http://www.facebook.com/abjad.malaysia
Salinan dari
http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150233205614123

1. Golongan yang mendapat nikmat Allah.

Firman Allah SWT : "Orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu: Nabi-nabi, para siddiiqiin, shuhada,dan solihin. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya (An-Nisa' 69)"

Pok Nik tidak menyentuh panjang mengenai para anbia kerana ini telah pun kita semua ketahui dan maklum.

a. Siddiqqin

Dari Abdullah bin Masud, Baginda S.A.W. bersabda: Sesungguhnya siddiq itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan, dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta.(Hadis Bukhari)

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., adalah sahabat yang telah mendapat gelaran 'As-Siddiq' Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu'abul Iman, dari Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a.: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar"

Dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wal al-Nihayah: "Tidak aku mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, hanyalah Abu Bakar. Ketika aku menyampaikan ajakan itu, dia langsung menerimanya tanpa ragu-ragu sedikitpun"

Kemuncaknya adalah pada peristiwa Israk dan Mikraj, di mana semua manusia mendustai Rasulullah SAW, namun Abu Bakar yang membenarkan kejadian itu atas keyakinan baginda S.A.W ada Al-Amin.

Kita dapat lihat di sini antara sifat-sifat yang ada pada Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai contoh antara lain beliau membenarkan Allah SWT dan kata-kata serta perbuatan Rasulullah S.A.W. tanpa soal. Maka kita sebagai umat Islam wajib membenarkan Allah SWT dan Rasul S.A.W. Kita juga wajib membenarkan, menerima dan mengamalkan apa yang dibawa oleh Baginda S.A.W. - dua kalimah syahadah dan Iman dengan segala fardhunya, kesempurnaannya, rukunnya, sah dan batalnya. Juga membenar dan menerima Rukun Islam, Rukun Iman dan memahami, menghayati dan mengamalkan Ihsan dalam hidup dan kehidupan kita.

Maka ini selaraslah dengan Firman Allah SWT :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan" (Al Baqarah: 208)

Kita lihat ibarat anak-anak kita, adakah mereka membantah larangan dan suruhan kita sebagai ibubapa?

Sudah tentu tidak kerana mereka tahu bahawa ibubapa adalah tempat berlindung.

Maka kita juga boleh mencontohi sifat anak kecil yang hanya redha dan menerima tanpa membantah suruhan dan larangan Allah SWT dan RasulNya.

Rasulullah S.A.W. juga memiliki sifat Siddiq iaitu 'benar' dan baginda adalah 'Al-Amin' seorang yang jujur dan tidak pernah berbohong.

b. Syuhada

Dalam memahami perkataan syuhada, kita harus memahami jalannya iaitu jihad - yang terbahagi kepada jihadun nafs dan jihad bilmal.

Firman Allah SWT :

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk dari kalangan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar (An Nisa : 95)”

Jihad juga melibatkan memerangi kejahatan bagi menegakkan kebenaran. Selain itu jihad melibatkan peperangan melawan nafsu-nafsi yang mengajak kepada kejahatan di samping menafkahkan sebahagian dari hartanya ke jalan Allah SWT samada menerusi menaja ibnussabil, zakat sunat dan wajib, sedekah, hadiah ke jalan Allah SWT dsb.

Apabila kita belajar - mengajar - mendengar - hal-hal agama atau ilmu yang bermanfaat, bergotong royong, mengembeleng tenaga untuk jalan-jalan atau aktiviti kebaikan, menjalankan fardhu kifayah selain fardhu ain, berdakwah/menegur (lidah, hati dan anggota), berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki amalannya dengan keinsafan dan taubat kepada Allah SWT dll. - maka kita juga telah berjihad.

Jihad juga melibatkan mereka yang keluar bekerja dengan niat bagi menjaga maruah diri yang beragama, bagi nafkah diri dan keluarga tanggungannya, bagi menunaikan fardhu haji di Mekah termasuklah umrah, malah bagi perjuangan menegakkan maruah bangsa yang beragama, tanahair dll - dan sesiapa yang meninggal dunia semasa melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan ini juga dikira syahid.

Firman Allah SWT : "Berangkatlah kamu berperang baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At-Taubah 41)

Sabda Rasulullah S.A.W., "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, diri dan lisanmu...."(HR Abu Daud, Ahmad, Nasai, Baihaqi, Al-Baghawi dan Asakir).

Jihad lahir dari taqwa dan ini merupakan cara untuk meraih kemuliaan dari Allah SWT dan mereka yang berjihad dengan cara mana sekalipun akan dipimpin Allah SWT.

Firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”

c. Solihin

Firman Allah SWT Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya) (Al-Baqarah:130)

Firman Allah SWT

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari ORANG-ORANG SOLEH. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-‘Imran, 113-115)

Firman Allah SWT

“Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama ORANG-ORANG SOLEH” (Al-Maidah:84)

Firman Allah SWT : "Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian (berbai-ah) dengan Allah, 'Jika Dia memberikan kami daripada pemberianNya, kami akan bersedekah, dan termasuk ORANG-ORANG YANG SOLEH.'" (9:75)

Terdapat satu lagi ayat mengenai sedekah sebagai amalan orang baik:

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari ORANG-ORANG YANG SOLEH (Munafiqun : 10)

dan banyaklah lagi Firman-Firman Allah SWT yang ditujukan kepada golongan soleh.

Antara lain sifat-sifat solihin yang boleh digarap di sini ialah : -
menerima, membenarkan, mentaati dan mengamalkan semua hukum-hukum Allah SWT dengan bersungguh-sungguh, bertaqwa dengan mengambil Allah SWT sebagai tempat ubudiyah dan meminta pertolongan
bersabar dan redha dengan qadha Allah
Membenarkan Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias
jihad bin nafs dan jihal bil mal - suka menafkahkan hartanya ke jalan Allah SWT (secara rahsia atau terang-terangan)
jujur - berdakwah dengan lisan, hati dan anggota - amar makruf wanahyu anil mungkar
Suka beribadat malam dan dipenuhi malam itu dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an termasuk wirid dsb.
mempercayai adanya qiamat dan hari pembalasan (akhirat) dan sentiasa ingat pada hari berkenaan yang akan menyebabkan bertambah-tambah lagi imannya,
Tidak bertangguh (bersegera) dalam hal-hal kebajikan - spt. membantu saudara dalam kesusahan
Bersangka-baik
Segera insaf dan bertaubat apabila melakukan kesalahan - sedar atau tidak disedari
berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mendoakan kebaikan untuk mereka

dan banyaklah lagi.

Kita patut mengikuti Sunnah Nabi, memasuki daerah iman dan taat dengan mengambil contoh-contoh siddiqin, syuhada dan solihin.
------------------------------------
Mari kita sama-sama berdoa :

Al Baqarah : 201 : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Al A’raf :156 : Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan didunia ini dan diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau.

Al Baqarah : 250 : Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

Ali Imran : 147 : Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.

Al Baqarah : 286 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Beri kami, ampuni kami dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Ali Imran : 8 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan limpahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah pemberi (anugerah).

Ali Imran : 16 : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka.

Al A’raf : 155 : Ya Tuhanku, ampunilah saya dan saudara saya dan masukkanlah kami kedalam rahmat Engkau, sebab Engkau adalah yang paling Maha Penyayang. Engkaulah yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya.

Al Mukminun : 109 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat yang paling baik.

Al Mukminun : 118 : Ya Tuhanku berilah ampunan dan rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi rahmat yang paling baik.

Al A’raf : 23 : Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami an meberi rahmat kepada kami, pastilah kami menjadi orang yang merugi.

Al A’raf : 143 : Maha suci Engkau, aku bertaubat dan aku orang yang pertama beriman.

Hud : 47 : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari permohonan yang aku tiada ketahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan menjadi orang yang merugi.

Ibrahim : 41: Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya perhitungan (hari kiamat).

At Tahrim : 8 : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Nuh : 28 : Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan orang yang masuk kerumahku dengan beriman serta semua orang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu melainkan kebinasaan.

Al Baqarah : 32 : Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Doa Mohon Keturunan, Anak/Isteri/Suami Yang Sihat/Soleh, Bahagia dan Jodoh

Ali Imron :38 : Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar kan doa.

Al A’raf : 189 : Sungguh, jikalau Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.

Al Anbiya : 89 : Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.

Al Furqan : 74 : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang taqwa.

Ash Shafaat : 100 : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang tergolong soleh.

Ali Imran : 53 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, karena itu masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).

Al Maidah : 83 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan Nabi Muhammad SAW).

Ali Imran : 191-194 : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan (alam) ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan kedalam neraka, sungguh telah Engkau hinakan dia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, kami telah mendengar penyeru yang mengajak : Berimanlah kalian kepada Tuhanmu. Maka kami telah beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan wafatkanlah kami bersam orang-orang yang abror (banyak berbakti). Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau jajnikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-Rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami dihari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak pernah menyalahi janji.

Al Furqan : 65 : Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.

An Nisa : 75 : Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri yang dholim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau.

Yunus : 85-86 : Kepada Allahlah kami bertawakal, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang kafir.

Al Mumtahanah : 4-5 : Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Al Qasas : 21 : Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang zalim itu.

Al A’raf : 47 : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim.

Al Mukminun : 93-94: Ya tuhanku, jika Engkau sungguh-sungguh hendak memperlihatkan kepadaku azab yang diancamkan kepada mereka, Ya Tuhanku maka janganlah Engkau jadikan aku berada diantara orang-orang yang zalim.

Al A’raf : 126 : Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (Islam).

Yusuf : 101 : Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh.

Taha : 25-28 : Ya Tuhanku, lapangkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan lidahku agar mereka mengerti perkataanku.

Taha : 33-35 : Agar kami dapat bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui (keadaan kami).

Taha : 114 : Ya Tuhan kami, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.

Asy Syu’ara : 83 : Ya Tuhan kami, berilah aku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Al Baqarah ayat 2: Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)”. (2:67)

Al Anbiya : 83 : (Ya Tuhanku), aku ini tengah ditimpa malapetaka (penyakit) dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.

Al Anbiya : 87 : Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Hud : 41 : Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Penyayang.

Az Zukhruf : 13-14 : Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Yusuf : 83 : Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku, sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Ibrahim : 35 : Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari pada menyembah berhala.

Al Baqarah : 126 : Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Ibrahim : 37 : Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan keluargaku dilembah yang tidak ada tanaman apapun didekat rumah Engkau yang dimuliakan. Ya Tuhan kami, agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati-hati manusia tertarik kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Al Qasas : 24 : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan (rezeki) yang Engkau turunkan kepadaku.

Ibrahim : 40 : Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Al Isra’ : 24 : Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil.
Doa Mohon Tempat Yang Baik

Al Isra’ : 80 : Ya Tuhanku, masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar (baik) dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dab berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuatan yang menolong.

Al Mukminun : 29 : Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat.

Al Anbiya’ : 112 : (Muhammad) berkata: “Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil [976]. Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan”.

Al A’raf : 89 : Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.

Asy Syuara : 117-118 : Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku; maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku.

Az Zumar : 46 : Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya.

Al Mukminun : 97-98 : Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”

Asy Syuara : 83, 84, 85, 87, 88 : (Ibrahim berdo’a): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna.

An Naml : 19 : Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.

Al Ahqaf : 15 : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Al Mukminun : 26 : Nuh berdo’a: “Ya Tuhanku, tolonglah aku, sebab mereka mendustakan aku.”

Al Ankabut : 30 : Lut berdo’a: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu”.

Al Mukminun : 7-9 : (Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala, Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘adni yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar”.

Al Hasyir : 10 : Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

Nuh : 27 : Nuh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir.

Al Baqarah : 127 : Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Maryam : 48 : dan aku (Ibrahim) akan berdo’a kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo’a kepada Tuhanku”.

Al Qasas : 22 : Dan tatkala ia menghadap kejurusan negeri Madyan ia (Musa) berdo’a (lagi): “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar”.

Al Kahfi : 10 : Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).

Al Kahfi : 24 : Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini.

Al Baqarah : 250 : Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

Al A’raf ayat 155-156: Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah Kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun. “Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu”

Al A’raf ayat 151: Nabi Musa berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani”. (7:151)

Al A’raf ayat 126: “Wahai Tuhan kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah Kami Dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. (7:126)

Al A’raf ayat 89: Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara Kami dan kaum Kami Dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim”. (7: 89)

Al A’raf ayat 43: Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya)

Ali ‘Imran ayat 173: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”. (3: 173) – Hasbunallahu wa ni’mal wakil.

Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali ‘Imran).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails