Ulama Warasatul Anbiya’ bagaikan sebuah madrasah menghimpunkan segala ilmu yang ahli pada babnya, diambil daripada kebun – kebun buah – buahannya Nabi Muhammad SAW yang diinginkan dan permata yang megah daripada lautan yang luas yang datang daripada hidayah Allah Taala iaitu amalan yang sebenar dan elok cerita ketetapan petunjuk yang diam di dalam hati orang – orang mukmin mengandungi Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan yang teguh yang terlebih kuat dan terlebih takut akan Allah Taala. Terhimpun akandia segala perkara yang berkaitan Muamalah Agama Islam berpakaian Muhyiddin, yang ambil kepada Sheikh Mahmood Nasri Othmani al-Kedahi diambil kepada gurunya Sheikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Kenali al-Kelantani, kemudian diambil kepada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Sheikh Wan Mohammad Zain bin Sheikh Wan Mustafa al-Fatani diambil kepada gurunya Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qodir Al-Jilani melalui wasitah Nabi Khidir AS yang diambil kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi asas segala ilmu dan amalan kehidupan meletakkan diri mencapai darjah Khalifah di bumi.
Ulama’ yang ahli pada babnya sentiasa mengharap dapat mempamerkan segala kekuatan serentak rohani dan jasmani yang terhimpun kepada Agama Islam menjadi asas pendirian ilmu dan amalan setiap mukallaf berlaku pada zaman khalaf tetapi serupa pada zaman salaf yang lengkap dan mampu melahir semula segala kekuatan Islam, Iman, Ihsan, Ilmu, Yakin, Lathaif, Asrar, Makrifah, Kasyaf, Muqafahah dan Karamah yang A’la serta menghias pertahanan diri mengatur kelengkapan jihad menolak setiap perkara yang menjadi punca berlaku syirik akbar dan asghar, kufur dan kekufuran sehingga dapat meruntuh, membinasa dan menghapuskan sama sekali segala kekuatan yang menjadi punca kepada pekerjaan khurafat di setiap tempat dan masa.
Seterusnya melahirkan pendekatan dakwahnya untuk mentarjihkan segala perjalanan dan mentashihkan segala amalan (pekerjaan) mereka itu semua agar kembali kepada menyempurnakan pekerjaan agama Islam pada setiap masa. Maka kami berlindung dengan Allah Taala dari i’tirodh yang serupa dengan syaitan.
Darjah Taqarrub
Mereka yang ingin menuntut darjah taqarrub pada sisi Allah Taala zahir serta batin itu hendaklah melazimi pada babnya, supaya tidak mardud (tidak dirasuk) tidak bersusah payah dengan ilmu serta amalan yang banyak – banyak dan jauh – jauh.
Memadai dengan menerima Talqin kewajipan Agama Islam ke atas dirinya dengan niat mewarisi secara berhak segala kewajipan kalimah takwa daripada Nabi Muhammad SAW atas makna sekeliannya dan juzuk – juzuknya dari mereka yang ahli pada babnya dan mengaku murid kepada Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani membenar serta mengikuti akan dia sehingga beberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun pohon diterima jadi murid baginya selama – lamanya.
Inilah martabat tertinggi salasilah yang terkuat berpegangan yang teguh dan terlebih takut akan Allah Taala ialah mengaku murid bagi murabbi Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani Qaddasallahu Sirrah seperti mana daripada wasiat Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Mahyuddin Abdul Qodir al-Jilani katanya:
“Bahawa manusia pertama yang ingin jalan dekat terunggul terselamat serta mudah menanggung beban Agama Islam menjadi hamba kepada Allah Taala setiap masa berjalan ialah Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah kerana ia meminta kepada baginda Nabi Muhammad SAW “talqin” kewajipan kalimah takwa secara berhak sebelum ia memulakan sesuatu pekerjaan Agama Islam. Baginda tidak menjawab sebaliknya menunggu wahyu dari Allah Taala. Maka datanglah Saidina Jibril AS kemudian ia talqin akan kalimah takwa sebanyak 3 kali, kemudian Baginda Rasulullah SAW mengikuti sebanyak 3 kali. Kemudian baginda Rasulullah SAW pula mendatangi kepada para sahabatnya kemudian “talqin” ia secara jamaah dan para sahabatnya mengikutinya”.
Kemudiannya Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya telah kembali kita dari jihad kecil kepada jihad yang besar”.
[Kutipan dari: Pemuda Tauhid - Himpunan Ilmu Taqarrub Ahli Tabarru' - memelihara Agama, Diri, Keturunan, Harta benda dan Negara. Diterbitkan oleh: Bahagian Penyelidikan, Tarbiyyah dan Pendidikan (Warga Melayu), Akademi Pengajian Dakwah & Ihsan Sdn. Bhd.]
01 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan