06 Mei 2010

19. Menuntut Ilmu Wajib... mencari guru wajib... selamatkan diri dunia-akhirat.

Risalah Tarbiyyah - Pesanan oleh Tuan Guru Hj Ahmad Junaidin YDP ABJAD Malaysia dan Hj Idris Muhamud, TYDP ABJAD Malaysia .

- Program Tarbiyyah dan Tarbiyyah matlamat menjadikan agama Islam satu persediaan dan jaminan dalam hidup dan kehidupan kita, menepati kehendak yang sebenar bagi manusia di atas muka bumi yang di khitob oleh Allah SWT untuk beribadah kepadaNya – milik memerintah memenuhi langit dan bumi mengambil manfaat dengan dia sebagaimana ditetapkan oleh Allah SWT. Maka untuk itu diadakan program tarbiyyah dan tazkirah tujuan tidak lain supaya dapat menyempurnakan tanggungjawab ibadah kepada Allah Taala dalam hidup dan kehidupan di muka bumi ini sebagai khalifah Allah.

- Yang menjadikan manusia penuh pancaroba pasal satu masalah tak sempurna iaitu apabila yang kita hajati tak dapat. Bila sudah dapat apa yang dihajati maka selesai masalah. Hal ini tidak selesai melainkan kena balik pada kehendak asal.
- Nak jadi manusia tidak kena buat sendiri. manusia dijadikan oleh Allah Taala. manusia kena mengaku yang dia nya barang kena jadi. Bila mengaku je, sudah cukup taklif mukallaf. sebab tahu dia kena jadi, tidak boleh buat sendiri pada gerak dan diam melainkan kena ikut acuan yang menjadikan dia. Kehendak dia itu (kena ikut acuan).

- untuk menyempurnakan kehendak itu secara berhak kena milik ilmu Allah, agama Allah dan hidayah Allah. Sebab itu ikut (patuh dan taat) apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW “apa – apa yang dibawa oleh suruhan Nabi SAW kepada kamu maka kamu terima dan amal, apa – apa tegahan dan larangan, kamu patuhi”. Inilah asas permulaan dalam pekerjaan agama. Yakni tunduk patuh kepada perintah Allah Taala. untuk paksa diri kita, kena ikut panduan dan pimpinan, kena ada ‘murabbi’.

- mukallaf yang menerima hukum Allah yang Allah hantar kepada setiap mukallaf melalui lidah Rasulullah SAW. Murabbi yang pertama iaitu saiyyidul ulul adzmi iaitulah Rasulullah SAW. kemudian kepada saidina Ali karramallahu wajhah, kemudian (terakhir) kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (sultan auliya’).

- mursyid dan murabbi tugasnya membimbing dan memberi pesanan – pesanan yang benar untuk mendapatkan kerja asal yang jadi tujuan di atas muka bumi ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW yang mendapat setinggi – tinggi darjat hamba iaitulah asro bi’abdihi. WAJIB kita jaga peluang ini dan jangan lepas talian hamba kepada Allah SWT kerana ini salah !

- Azazil laknatullah tidak dapat darjat hamba kerana: pertama, besar diri; kedua: tidak amanah; ketiga: tidak sanggup melaksana apa yang diperintah. Kerjanya menipu dan tipu orang. Jika ada manusia yang begitu maka manusia itu pada hakikatnya membuat kerja yang mengikut telunjuk Azazil laknatullah. Untuk keluar daripada itu kena jadi murid kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani.

- Kata Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani: puak – puak manusia yang berada dalam golongan an amta ‘alaihim maka akhlak dan urusan dalam hidup dan kehidupan mendapat kasih – sayang Allah SWT. Beroleh petunjuk hati dan petunjuk hidayah Allah SWT. Kesian kerana nak baik tetapi terima baik adalah urusan Allah SWT.
- Untuk menuju ke dalam lautan kasih – sayang Allah SWT kena jaga: (pertama) ilmu dan amal yang kita nak; (kedua) latihan dan tarbiyyah; (ketiga) guru yang latih kita tu. Tidak mengambil ilmu daripada orang yang tiada tarbiyyah dan ilmu itu pula tidak diambil daripada orang bukan ahli.

- Nilaian pada Allah terima, baru kita boleh pakai.
- Ilmu dan amal yang mursyid beri yang benar sebagaimana Allah dan Rasul nak. Ikatan lidah dan hati kita. Mursyid lagi murabbi yang boleh mentarbiyyah, mendidik lidah, anggota dan hati menjadi murni macam dimiliki oleh orang yang mentarbiyyah itu.

- Agong mursyid dan agong murabbi ialah Rasulullah SAW.
- Sebesar – besar sahabat yang diangkat jadi mursyid dan murabbi untuk menyampai ilmu dan amal kepada manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul ialah Saidina Ali Karramallahu wajhah.
- Sebesar – besar manusia, ahli bait yang diangkat menjadi pengganti mursyid dan murabbi ialah Syed Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani yang berada di antara dua zaman iaitu zaman salaf (zaman kurun sahabat) dan zaman khalaf (kurun belakang – selepas sahabat hingga kiamat).

- jadilah murid yang ambil Allah sebagai wali dalam ubudiyyah dan minta tolong (dalam semua masa, tempat dan keadaan). murid yang dapat berhubung kukuh dengan murabbi dari segi emosi dan kasih sayang yang sungguh – sungguh.

- alyau ma akmal tulakum di nakum, wa at mamtu alaikum ni’ mati, wa rodhi tulakumul islam midina. mafhumnya: Islam / ad-din yang ada pada Nabi SAW yang kamu dan umat kamu berada di dalamnya, yang sudah sempurna yang tidak boleh ditokok tambah oleh sesuatu yang lain, yang sudah lengkap (complete). meliputi berita dari langit dah sempurna penuh dengan 6,666 ayat (yang diturunkan). Perkataan dan perbuatan Nabi SAW juga telah sempurna menghurai makna – makni al – Quran. Maka jadilah ahli – ahlinya !


---------------
Mudah - mudahan.. pesanan yang sedikit ini memberi noktah pemula untuk bergerak secara lebih yakin dan terjamin.. janganlah buat mudah dengan urusan agama... jika nakkan ijazah ambil masa bertahun.. jika nakkan kerjaya ambil masa bertahun.. jika nakkan agama tidak cukup belajar masa sekolah rendah-menengah-universiti secara ala kadar..

Yang berada di bidang agama sendiripun terbabas.. yang telah menjadi tokoh masyarakat.. dikenali.. diikuti.. dicontohi.. pun tersalah apakah kita yang tidak belajar agama setinggi mana... mungkin 'perukonan melayu' pun dak khatam..

carilah tempat bergantung yang cukup-cukup kuat dan sahih.. dijamin dan terjamin.. kita buatlah apa yang terdaya setakat kemampuan.. insyaAllah adalah Rahmat dan Berkat dariNya..

Jangan terlalu ikutkan perasaan sehingga hilang pertimbangan waras.. menjadikan idola seseorang sehingga lupa Nabi SAW itu lebih patut dijadikan idola... Saidina Ali Karramallahuwajhah lebih patut dijadikan idola.. sultan wali syeikh muhyiddin abdul qodir al jilani itu lebih patut dijadikan idola.. murrabbi yang telah disahkan.. telah hidup berjaya di alam sana... tiada satu pun jalan tariqah di atas muka bumi ini yang tidak ditashih oleh sultan wali syeikh muhyiddin abdul qadir al jilani. amallah tariqah yang benar tetapi jangan terlalu taksub pada jalannya sahaja..

Marilah berfikir dan bermohon.. bermunajat kepada Allah Taala agar ditunjukkan kepada kita yang benar sebagai benar dan zahirkan kebenaran untuk diikuti... yang bathil sebagai bathil dan zahirkan kemusnahan untuk dijauhi.. kita bermohon dengan hati yang tulus mencari keredhaanNya maka barang pasti Allah tidak akan mengecewakan terhadap hamba yang benar - benar berhajat kepadaNya... mohon dengan Allah dengan sabar sehingga diberi petunjukNya.. barulah cari kepastian dengan orang yang ahli pada babnya. Sesungguhnya Islam itu adalah suatu jaminan.. rahmatan lil 'a lamin.

amatlah salah menghukumkan salah pada fikir kita sebelum kita teliti dan faham sungguh apa yang orang bawa atau orang amalkan.. kan lebih bijaksana bersemuka !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails